Friday 25 May 2018

DARI MANAKAH MANUSIA MENDAPAT KEPANDAIAN UNTUK MENCIPTA KEMUDAHAN DI DUNIA?


Semua umat Islam setuju bahawasanya Allah SWT telah menciptakan gunung, langit, bumi, haiwan, pokok, planet, bintang & sebagainya.

Bagaimanakah pula dgn kereta, bangunan, jambatan, handphone, komputer, perabut & segala hasil yang dikatakan telah diciptakan oleh manusia?

Cuba tanya diri kita, dr mana kita belajar bahasa melayu? kita akan jawap dari ibu bapa kita... tanye pula ibu bapa kita siapakah yg mengajar mereka bahasa melayu? ibu bapa kita akan jawap nenek & atuk kita yg ajar bahasa melayu... tanye pula nenek & atuk kita, mereka akan jawap ganerasi sebelum ini memang sediada berbahasa melayu... kalau tnya ganerasi moyang kita sudah tentu akhirnya jawapannya akan sampai ke Nabi Adam AS. Siapakah yg mengajar Nabi Adam AS? tidak ada lg manusia sebelum Nabi Adam AS.... 

Jawapannya pd firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah 31-33:

31. Dan Dia MENGAJARKAN kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman : "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!"


32. Mereka menjawab : "Maha suci Engkau, tidak ada yang Kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau AJARKAN kepada kami; sesungguhnya Engkaulah yang MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA BIJAKSANA."


33. Allah berfirman : "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini." Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman : "Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa sesungguhnya AKU MENGETAHUI RAHSIA LANGIT & BUMI DAN MENGETAHUI APA YG KAMU LAHIRKAN DAN APA YG KAMU SEMBUNYIKAN?"


Oleh itu janganlah kita SOMBONG DENGAN KEPANDAIAN kita, segala yg dicipta oleh manusia itu HAKIKATNYA ADALAH CIPTAAN ALLAH. Kita hanya wakil (khalifah) Allah SWT di muka bumi ini. Allah SWT telah berfirman kpd para malaikat dalam surah Al Baqarah ayat 30 : 

“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan KHALIFAH DI MUKA BUMI.” Mereka berkata : “Apakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu siapa yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Allah berfirman : “Sesungguhnya AKU MENGETAHUI APA YG TIDAK ENGKAU KETAHUI.”

... Allah yg menciptakan kereta dan kapalterbang, kerana itulah Allah telah adakan besi, petroleum dan getah.
... Allah yg menciptakan rumah, kerana itulah Allah adakan batu, pasir, kayu dan sebagainya.
... Dan pelbagai lagi ciptaan Allah melalui kudrat, fizikal, akal, pancaindera manusia yg juga diciptakan oleh Allah SWT. Kerana itulah Allah arahkan malaikat, jin dan iblis utk sujud kpd Nabi Adam AS. Firman Allah SWT:

“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada Para Malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam,” Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan TAKABUR dan adalah ia Termasuk golongan orang-orang yang kafir. (QS. Al Baqoroh : 34)

HAKIKATNYA SUJUD ITU ADALAH KPD KEHEBATAN ALLAH YG TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA.
Tetapi PENYAKIT SOMBONG telah membutakan iblis yg hanya nampak kebesaran dan kemuliaannya dibandingkan dgn manusia yg diciptakan dr tanah. Sedangkan sujud tersebut adalah untuk Allah SWT yg Maha Agung.
Oleh kerana VIRUS BAWAAN IBLIS yg ada dlm diri manusia, maka manusia juga telah menjadi SOMBONG SEPERTI IBLIS TIDAK TERASA KEHEBATAN ALLAH KERANA UJUB DENGAN DIRI TERASA PANDAI MELALUI CIPTAAN, KEMAJUAN & ILMU yg ada pd dirinya. Tidak kiralah org tu seorang professor, golongan professional, guru, ustaz, ulamak, pemimpin, org kaya dan juga org miskin.

Manusia janganlah sombong dgn pelbagai ilmu & kemajuan yg telah diciptakan. Kerana kita adalah FAKIR & DHAIF sblm Allah SWT hantarkan kita ke dunia. Kudrat, akal, jasad, penglihatan, pendengaran, suara, ilmu semua Allah SWT bagi bila dilahirkan di dunia.

#AllahMahaAgung
#AwaluddinMakrifatullah
#blogAkademiRasulullah
#IzzueIshakTulisBlog

Tuesday 22 May 2018

LAWATAN BANAT KE REHLAH NABAWIYAH PADA 7 HB DISEMBER 2017


Alhamdulillah… kami berkesempatan membawa Banat (anak2 perempuan) termasuk penjaga serta guru2 ke Pameran Rehlah Sirah Nabawiyah di Galeri Utama, Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor, Seksyen 10, Shah Alam.
Selama ini anak2 ini diasuh serta dididik melaksanakan sunnah baginda SAW secara formal dan informal… Dan kini mereka dapat melihat melihat secara secara lebih dekat kisah kehidupan Rasulullah SAW melalui pameran Rehlah Nabawiyyah ini yang telah bermula sejak 18 November 2017.

Mari kita bercerita tentang Nabi kita,
Iaitu Rasulullah SAW,
penyelamat manusia dunia akhirat,
Nabi Muhammad SAW orang yang luar biasa  dikalangan semua manusia,
orang yang luar biasa  dikalangan para rasul dan para nabi,
Rohnya adalah seperti malaikat dan tubuhnya manusia
Nabi Muhammad SAW paling cerdik dan paling bersih rohnya dikalangan semua manusia sebelum dan sesudahnya,
Maka baginda diberi gelaran ‘fathonah’ oleh Allah SWT,
Bahkan yang paling ‘Fathonah’ dikalangan rasul2-Nya,

Ilmu Nabi Muhammad SAW  bukan didapati dari aqalnya,                                                                                       
Walaupun dialah orang yang paling tajam aqalnya,
Rasulullah SAW mendapat ilmu melalui Allah SWT ke dalam hatinya,
Itulah Wahyu namanya, baginda belajar langsung dari Tuhannya,
Kerana itulah baginda tidak perlu menulis
Tidak perlu membaca seperti manusia biasa,
Kerana itulah ilmunya tidak luput sepanjang masa,
Kalau dari aqal mungkin akan luput,
Ilmunya menceritakan tentang dunia dan akhirat,
Tawakal Nabi Muhammad SAW luarbiasa,
Sebab itulah dimalamnya makanan tidak disimpan untuk keesokan harinya
Dan diberikan makanan itu kepada manusia yang memerlukannya
Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup
Tuhan akan merezekikannya,

Rasulullah SAW tidak pernah membunuh orang,
Walaupun pada waktu ketika dia boleh membunuhnya,
Tapi dia tidak membunuhnya,
Dia mengambil jalan yang utama,
Iaitu memaafkannya,
Berani Nabi Muhammad SAW  amatlah luarbiasa tiada tandingannya,
Baginda boleh lalu dihadapan musuhnya seorang diri,
Malah musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga,
Kasih sayang Nabi Muhammad SAW  sangat ketara,
Terutama kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda,
Orang yang bersalah dimaafkannya,
Sekalipun orang itu tidak meminta maaf,
Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya,
Rasulullah SAW membuka bajunya untuk disebat sebagai penggantinya,          
Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya,
Pemurah Nabi Muhammad SAW  tiada taranya,
Macam angin kencang lajunya,
Tiada siapa yang dapat menandinginya,
Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta,
Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara,
Kalau ada orang mengata dan menghinanya,
Baginda diam saja, tidak menjawabnya,
Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja,
Baginda tidak pernah menghina dan mengatakan aib orang lain,
Sekalipun musuhnya,


Rasulullah SAW  makan sedikit sahaja sekadar mengalas perutnya
Baginda tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar,
Paling tidak, Nabi SAW makan berdua,
Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu,
Baginda tidak pula mencercanya,
Kalau Nabi Muhammad SAW  marah dengan seseorang, 
Maka disembunyikan marahnya
Sehingga orang tidak tahu marahnya,
Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia,
Sebab itu dia sanggup makan dengan orang berkudis-kudis badannya,
Sabarnya Nabi Muhammad SAW  amat luarbiasa,
Apabila ujian yang Allah SWT timpakan kepadanya dalam pelbagai bentuk,
Maka Baginda  redha,
Kerana itulah Allah SWT menggelarkannya ‘Ulul Azmi’
Bahkan Rasulullah SAW adalah ketua ‘Ulul Azmi’ kepada rasul-rasul Ulul Azmi yang lain
Ditangannya lahirlah murid-murid yang luarbiasa,
Diberi gelaran sahabat namanya,
Ratusan ribu banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya,
Ini tidak pernah berlaku dikalangan rasul-rasul sebelumnya,
Semua sahabat-sahabatnya masuk syurga,
Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Allah SWT,
Sahabat-sahabatnya adalah laksana bintang-bintang dilangit,
Rasulullah SAW pula adalah bulan purnama,
Hati Nabi Muhammad SAW  tidak pernah tidur sekalipun matanya tidur,
Menunjukan hatinya sentiasa jaga,
Sebab itulah kalau Rasulullah SAW  tidur, ia tidak membatalkan wudhu’nya
Nabi Muhammad SAW  menghormati manusia sesuai dengan darjatnya,
Sekalipun orang itu kafir,
Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya
Kerana menghormati tetamunya,
Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Allah SWT,
Sekalipun binatang yang melata,
Begitu juga tidak pernah melakukan kesalahan,
Sekalipun kesalahan utama,
Kalau Nabi Muhammad SAW  melihat perempuan, matanya ditundukannya,
Baginda orang paling pemalu,
Malunya kalah anak dara yang paling pemalu,
Kalau baginda lalu, tidak diizinkan perempuan dihadapannya,

Ibadah Nabi Muhammad SAW  banyak, terutama diwaktu malam,
Hingga bengkak-bengkak kakinya,
Rasulullah SAW suka memberi khidmat kepada isteri-isteri dan keluarganya,
Baginda tidak pernah diarah-arahkan oleh isteri-isterinya,
Tapi baginda buat dengan sukarela tanpa disuruh,
Kerana mencari redha Tuhannya,
Dia sebaik-baik suami,
Tidak ada suami didunia ini mampu melaksanakannya
Nabi Muhammad SAW boleh  berkhidmat dengan musuhnya,
Ada satu cerita yang menyayat hati kita,
Seorang Yahudi buta yang benci kepada Baginda.
Rasulullah SAW berkhidmat kepada wanita buta itu tanpa diketahuinya,
Hingga sampai waktu wafat Baginda,
Diganti pula oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepada wanita buta itu,
Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya,
Wanita buta bertanya; Kamu ini siapa?
Saidina Abu Bakar berkata “Saya Abu Bakar
Pengganti Rasul berkhidmat untuk kamu,
Yang Rasul itu sudah wafat”
Maka si ibuta itu terkejut!
Rupanya yang berkhidmat padanya sebelum ini adalah orang yang paling dibencinya,
Kerana terkejutnya menjadikan dia mati,
Tapi sempat dia mengucap dua kalimah syahadat,
Islamlah dia,
Kalau Nabi Muhammad SAW  bersahabat
Maka Baginda mengutamakan kawannya,
Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya,
Setiap orang yang bergaul, berpuas hati dengannya,
Setiap orang merasa dia dihormatinya,
Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya,
Nabi Muhammad SAW  adalah manusia luarbiasa kekasih Tuhannya,
Nabi Muhammad SAW  tidak akan makan sebelum lapar,
Baginda akan berhenti makan sebelum kenyang,
Tidak macam manusia biasa,
Baginda tidak suka makanan banyak jenis lauknya,
Kalau dia suka adalah kerana Tuhannya,
Kalau dia marah pun kerana Tuhannya,
Bukan kerana peribadinya,
Nabi Muhammad SAW  wafat, tidak meninggalkan harta,
Baginda tidak meninggalkan sembahyang jemaah,
Kecuali sekali saja didalam hidupnya,
Iaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya,
Makan minumnya bukan diusahakannya,
Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya,
Tapi pengikutnya disuruh berusaha,
Terutama yang ada keluarga,
Nabi Muhammad SAW  tidak menerima upah,
Lebih-lebih lagi meminta upah diatas usaha perjuangannya,
Tetapi ulama hari ini, memakan upah dari usaha dakwahnya,
Seperti yang dibuat oleh kebanyakan ulama-ulama yang cinta dunia,
Bahkan ada ulama yang meminta upah dari dakwah dan pengajiannya,
Nabi Muhammad SAW beristerikan janda kaya, Khadijah namanya,
Hartanya diserahkan habis kepada Rasulullah SAW,
Tetapi Nabi SAW korbankan harta itu semuanya,

Dan Nabi Muhammad SAW , kalau berkawan, dialah sebaik-baik kawan,
Kalau Baginda dirumah, dialah sebaik-baik bapa,
Kalau Rasulullah SAW bersama isteri, dialah sebaik-baik suami,
Kalau Nabi SAW memimpin, dialah sebaik-baik pemimpin,
Kalau Nabi Muhammad SAW  bercakap lantang suaranya,
Tegang urat nadinya,
Baginda bercakap bak mutiara,
Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya,
Kalau Baginda berucap atau berpidato,
tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya
Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya,
Tidak seperti ulama-ulama hari ini,
Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yang mendengarnya,
Nabi SAW  kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak meleret,
Tidak seperti kebanyakan manusia,

Nabi Muhammad SAW  bercakap pendek sahaja,
Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu didalamnya,
Dikatakan oleh hadis ‘jawa miul kalim’
Kata-katanya singkat tapi padat,
Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas,

Kata-kata Nabi Muhammad SAW  singkat tapi puas didengar dan menggetarkan jiwa,
Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinya tiada,
Masa terbuang cakapnya tidak menggetarkan jiwa,
Nabi SAW tidak suka berjalan-jalan membuang masa,
Juga tidak akan bercakap yang sia-sia,
Sekalipun tidak berdosa,
Kalau dia ketawa tidak berbunyi,
Insaf Nabi Muhammad SAW dapat dilihat dimukanya,
Takutnya Baginda kepada Allah sehimggnampak dimukanya,
Dia melahirkan kegembiraan bila kawan-kawannya gembira,
Dia melahirkan kesedihan diatas kesedihan kawan-kawannya,
Rasulullah mudah menangis
Kerana takutkan Tuhannya,
Rasulullah SAW tahu Allah SWT kasih kepadanya,
Akhlak Nabi Muhammad SAW sungguh agung,Allah SWT memujinya,
Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa dikalangan manusia
Sebelum dan sesudahnya,
Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan kata terhadap dirinya,
Allah SWT berkata “Akhlaknya, sungguh agungnya,
tidak ada siapa boleh menandinginya,
tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa hamba”
Nabi SAW tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan Tuhannya,
Rasa kehambaan sentiasa didalam hatinya,
Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya,
Soal Allah SWT hendak memujinya itu hak Tuhannya,
Tapi Baginda tetap merasa hamba kepada Tuhannya,
Tawadhu’ Rasulullah SAW dengan Allah SWT sentiasa berkekalan,
Sangat ketara, didalam hidupnya,

Baginda berpakaian jubah dan serban,
Warna yang dia suka kebanyakannya putih dan hijau,
Warna lain ada juga dipakainya,
Tapi sekali sekala,

Makanan yang Rasulullah SAW suka adalah susu dan kurma,
Daging sebagai lauknya,
Itulah penguat badannya,
Demikianlah secara ringkas
Yang global tentang cerita Nabi kita,
Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya,
Didalam sejarah dan sirah Nabi kita ada diceritakan,
Mukjizat banyak berlaku ditangan Rasulullah SAW,
Yang lahir dan yang batin,
Yang besar ialah Al Quran dan Al Hadith,
Ia kekal sampai keakhir zaman,
Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia,
Demi keselamatan manusia dunia dan akhiratnya,
Kalau peribadi seseorang itu dapat menggambarkan bayangan Nabi kita,
Orang itu boleh menjadi ikutan manusia,
Kalau dia memimpin, Allah SWT akan memberkatinya,
Betapalah kalau dia pemimpin yang Allah SWT janjikan buat manusia,
Tetapi apa yang berlaku diakhir zaman ini adalah disebaliknya,
Orang yang menceritakan tentang Nabi, tapi dia lupa diri,
Dia menceritakan dan memujikan Nabi, tapi dirinya tidak terpuji,
Kerana itulah banyak cakap tidak memberi kesan,
Seseorang itu banyak cakap tidak menggambarkan sikap Nabinya,
Walaupun dia seorang pemimpin,
Akhirnya orang tidak suka menjadi pengikutnya,
Lidahnya tidak masin,
Dia mengkotakan janjinya,
Bahkan ramai orang yang mengata dan mencerca dibelakangnya,
Bahkan anak isterinya tidak menghormatinya.