PENGAJIAN & KEBAJIKAN



A. Bidang Pendidikan :
Kami juga menyediakan sekolah dan asrama dengan sistem pendidikan 24 jam untuk anak-anak dan remaja dari Pusat Jagaan Baitul Hikmah dan Pusat Jagaan Mahligai Kasih Zadut Taqwa. Mereka didampingi oleh pengasuh yang memastikan sistem hidup Islam dapat berjalan dalam setiap aspek kehidupan baik lahir dan batinnya.
·         Sekolah Rendah Islam Integrasi Miftahul Hikmah (SRIIMH)

·         Sekolah Menengah Islam Zadut Taqwa  (SMIZT)



Anak-anak asrama disiplinkan solat berjamaah sejak umur 7 tahun
                                             
Belajar di dalam kelas
                                    
                 
Kelas outdoor


·         Pendidikan Belia, Sukan dan Kebudayaan
Pemuda dan remaja perlu dididik, diajar, dan diasuh supaya menjadi generasi pembela dan perlaksana untuk agama, bangsa dan negara. Kami bertanggungjawab mempersiapkan pemuda-pemudi ini dengan agama dan kekuatan diri melalui pelbagai kegiatan seperti: Pendidikan asrama 24jam, memastikan ibadah ditunaikan sama ada yang wajib mahu pun sunnah seperti qiamullail, zikir, membaca Quran dan etc supaya menjadi amalan harian. Selain itu pembinaan insaniah melalui fardhu ain, mempraktikkan ilmu dan keterampilan diri (berkhidmat di mini market, restoran / kafe, sekolah, bengkel kenderaan, kerja-kerja penyelenggaraan, seni muzik & lakonan dan etc) sesuai dengan minat dan bakat mereka. Mereka juga diajar dengan sukan sunnah seperti memanah dan berkuda.



   
Baris pagi Akademi Generasi Harapan

Generasi Harapan bernasyid dengan membawa misi dakwah


·         Pelatihan Ekonomi
Remaja-remaja dilatih untuk berkecimpung dalam kegiatan ekonomi secara praktikal seperti pembuatan produk-produk muslim (songkok, tudung, jubah, baju muslimin & muslimah & etc), penyediaan makan dan minuman yang sesuai syariat Islam (kicap, sos, tauhu, penternakan & pertanian dan etc). Mereka juga dilatih bagaimana berniaga yang sesuai dengan Islam supaya ekomomi yang dilaksanakan dapat mendekatkan diri mereka pada Allah SWT. Kegiatan ekonomi dalam Islam merupakan jalan untuk mencapai  taqwa serta melahirkan akhlak mulia.

Kemahiran membuatan donat dan kuih

Kemahiran Menjahit

Kemahiran membuat roti canai
\


Melatih jualan di gerai dan bazaar
B. Bidang Dakwah dan Motivasi :
Kami juga mengusahakan program-program seminar, kursus, kemahiran dan motivasi. Kegiatan ini untuk lelaki atau wanita, anak-anak, remaja mahupun dewasa.


Motivasi


C. Bidang Sosial & Kemasyarakatan :

Kami berusaha untuk mendirikan Rumah Amal, iaitu Rumah Kebajikan yang menaungi anak Yatim, anak keluarga miskin, asnaf zakat dan anak-anak terbiar. Selain itu, kami  bekerjasama dengan berbagai pihak untuk mengadakan kegiatan sosial seperti:  pernikahan, acara khatan beramai-ramai, pencegahan bahaya rokok & dadah, menerima dan menyalurkan zakat,aqiqah & qurban, infaq dan sedekah.



Pernikahan remaja-remaja
Pernikahan beberapa pasangan pengantin usia remaja juga adalah salah satu kegiatan sosial bertujuan untuk menyelesaikan masalah nikah-kahwin dimana ia merupakan tanggung jawab bersama dalam menyelamatkan generasi muda dari pergaulan bebas sekaligus mempromosikan budaya perkawinan Islam yang memenuhi syariat.
menerima dan menyalurkan haiwan Qurban


Khatan beramai-ramai


No comments:

Post a Comment