RUMAH AMAL

Rumah Kebajikan Yang Menaungi Anak-anak Yatim, Anak-anak Miskin (kurang mampu), golongan Yang layak menerima Zakat dan juvana / anak terbiar.
Pusat Jagaan Baitul Hikmah didirikan pada tahun 20** dan ‘Pusat Jagaan Mahligai Kasih ZadutTaqwa’ didirikan pada tahun 20**. Ia bertujuan untuk mewujudkan generasi-generasi yang akan datang yang berguna bagi negara, bangsa dan agama.
Anak-anak dibawah naungan kami ini dibela bermula dari usia bayi sampai  remaja. Mereka dijaga dan dididik dengan kasih sayang dan diberi perhatian oleh para pengasuh, guru dan pekerja yang bertugas selama 24 jam di asrama.  Kami menjaga mereka seperti seorang ibu dan ayah kepada anak-anak kandung mereka sendiri serta mengajarkan berbagai pendidikan system Al Quran & Sunnah yang akan memberi manfaat  kehidupan mereka dunia & akhirat.
Rumah Amal ini adalah tempat perlindungan dan tempat anak-anak yatim, fakir miskin, asnaf zakat dan anak terbiar untuk mendapatkan kasih sayang. Mereka ini adalah anak-anak kesayangan Allah dan Rasulullah SAW. Sesiapa yang mengasihi dan membela mereka akan mendapat ganjaran besar di sisi Allah SWT dan Rasulullah SAW.

VISI DAN MISI
VISI
·         Menyelamatkan iman anak-anak didik ini dan menyempurnakan kasih sayang
·         Mendidik anak-anak menjadi abid di malam hari dan menjadi pejuang (membangun peradaban yang berkemajuan) di siang harinya, sesuai dengan bakat dan kemampuannya.
·         Menjadikan anak–anak ini sebagai aset bangsa dan negara yang berilmu dan bertakwa kepada Allah swt

MISI
·         Membela anak-anak yatim, fakir miskin, fisabilillah dan remaja insaf (remaja yang sungguh-sungguh ingin mengamalkan cara hidup Islam) dan asnaf zakat yang lain dan mendidiknya serta memberi kasih sayang, sehingga mereka mendapatkan pendidikan yang selayaknya.
·         Mendidik insaniah agar menjadi peribadi yang agung, bermanfaat pada agama, Negara dan bangsa, keluarga dan diri sendiri di dunia dan di akhirat dengan cara menanamkan kecintaan kepada Allah swt dan Rasulullah SAW.
·         Melatih melaksanakan dan sahsiah kepribadian hidup umat Islam.
·         Mengajak semua lapisan masyarakat mengambil bahagian dan peduli didalam pembentukan generasi akan datang mengikut kemampuan masing-masing.
·         Mengajak semua lapisan masyarakat dan para pemimpin untuk mengambil bahagian dengan menyalurkan tenaga, fikiran dan harta untuk memperjuangkan sistem pendidikan Rasulullah SAW.



 TUJUAN :

1.      Menyediakan keperluan asas seperti keperluan makan – minum, pakaian, dan tempat tinggal.
2.      Memberikan tumpuan kepada aspek pembersihan jiwa anak – anak tersebut. Oleh karena itu susunan jadual harian pelajar amat menitikberatkan pendidikan rohani, iaitu mengenal Allah SWT sehingga mereka cinta dan takut kepada Tuhannya.
3.      Memberi perhatian dan nikmat kasih sayang sebagaimana Ibu dan Ayah mereka sendiri melalui penjaga yang bertugas 24 jam di asrama.
4.      Memberi peluang kepada pelbagai golongan untuk turut mengambil bahagian memberikan bantuan dan sumbangan dalam bentuk apapun kepada anak-anak ini. Inilah salah satu amal jariyah.
5.      Menjalin kasih sayang diantara anak-anak ini dengan masyarakat luar umumnya yang sama-sama ingin membuat kebaikan atas dasar mencintai Allah swt dan Rasulullah SAW.
6.      Dengan sebab mencintai Allah sahaja, manusia akan dapat merasa kebahagiaan  dengan mengorbankan waktu, tenaga, harta dan wang kerana ingin membahagiakan anak-anak ini.
7.      Mengajak manusia untuk berlumba-lumba untuk membuat kebaikan dan mencegah dari perbuatan yang tidak baik.


PELAKSANAAN
Ilmu dan pendidikan merupakan  nadi bagi kehidupan. Dengan ilmu dan pendidikan sebagai bekalan, manusia diharapkan mampu menjalani kehidupan serta mewujudkan generasi-generasi yang akan datang untuk negara, bangsa dan agama.
Untuk merealisasikan perkara ini, maka kami mendirikan Rumah Amal ini untuk menjadi tempat pembelaan dan pembinaan lahir dan bathin anak-anak ini. Rumah Amal ini telah kami bahagikan kepada 2 tempat mengikut tahap umur dan pendidikan iaitu:
1.      PUSAT JAGAAN BAITUL HIKMAH* – Alamat No.***********************
2.      PUSAT JAGAAN MAHLIGAI KASIH  ZADUTTAQWA’– Alamat No.***********************

Ketika ini (Mei 2016) ada *** anak-anak dari  usia bayi sampai  remaja yang tinggal dibawah naungan Rumah Amal ini. Mereka dijaga oleh pengasuh-pengasuh, guru-guru dan pekerja lainnya yang berjumlah sebanyak ** orang, yang bertugas selama 24 jam di asrama untuk memberikan perhatian serta kasih sayang  sepertimana seorang ibu dan ayah kepada anak-anak kandung mereka sendiri. Anak-anak ini dididik dengan ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan mereka dunia & akhirat.

Anak Nursery (7bulan-2 tahun)
Play Group (3-4 tahun)
Sekolah Menengah & Vokasional (13-17 tahun)
Rumah dalam Islam diibaratkan sebagai MASJID. Disitulah tempat untuk membina iman, tempat untuk beribadah, tempat untuk membina dan mewujudkan kasih sayang.
Rumah Amal ini adalah sebagai lambang tempat perlindungan dan tempat anak-anak mendapatkan kasih sayang. Mereka adalah anak-anak kesayangan Allah swt dan Rasulullah SAW. Maka barang siapa yang mengasihi dan membela mereka, akan mendapat ganjaran besar di sisi Allah swt dan Rasulullah SAW. Mereka harus dianggap sebagai anak angkat yang diberikan kasih sayang dan pembelaan.
Anak – anak dibawah naungan Rumah Amal ini terdiri berbagai peringkat & tahap umur, iaitu:

Nursery(7bln – 2thn)
Play Group (3 – 4thn)
Tadika (5-6thn)
Sekolah Rendah
Sekolah Menengah & Vokasional
Pekerja dan Guru
PUSAT JAGAAN BAITUL HIKMAH 

**
**
**
**
**
**
PUSAT JAGAAN MAHLIGAI KASIH  ZADUT TAQWA’
**
**
**
**
**
**

Jumlah  Anak dan Remaja        : ***
Jumlah  Pekerja dan Guru        : **

No comments:

Post a Comment