Friday, 25 May 2018

DARI MANAKAH MANUSIA MENDAPAT KEPANDAIAN UNTUK MENCIPTA KEMUDAHAN DI DUNIA?


Semua umat Islam setuju bahawasanya Allah SWT telah menciptakan gunung, langit, bumi, haiwan, pokok, planet, bintang & sebagainya.

Bagaimanakah pula dgn kereta, bangunan, jambatan, handphone, komputer, perabut & segala hasil yang dikatakan telah diciptakan oleh manusia?

Cuba tanya diri kita, dr mana kita belajar bahasa melayu? kita akan jawap dari ibu bapa kita... tanye pula ibu bapa kita siapakah yg mengajar mereka bahasa melayu? ibu bapa kita akan jawap nenek & atuk kita yg ajar bahasa melayu... tanye pula nenek & atuk kita, mereka akan jawap ganerasi sebelum ini memang sediada berbahasa melayu... kalau tnya ganerasi moyang kita sudah tentu akhirnya jawapannya akan sampai ke Nabi Adam AS. Siapakah yg mengajar Nabi Adam AS? tidak ada lg manusia sebelum Nabi Adam AS.... 

Jawapannya pd firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah 31-33:

31. Dan Dia MENGAJARKAN kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman : "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!"


32. Mereka menjawab : "Maha suci Engkau, tidak ada yang Kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau AJARKAN kepada kami; sesungguhnya Engkaulah yang MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA BIJAKSANA."


33. Allah berfirman : "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini." Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman : "Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa sesungguhnya AKU MENGETAHUI RAHSIA LANGIT & BUMI DAN MENGETAHUI APA YG KAMU LAHIRKAN DAN APA YG KAMU SEMBUNYIKAN?"


Oleh itu janganlah kita SOMBONG DENGAN KEPANDAIAN kita, segala yg dicipta oleh manusia itu HAKIKATNYA ADALAH CIPTAAN ALLAH. Kita hanya wakil (khalifah) Allah SWT di muka bumi ini. Allah SWT telah berfirman kpd para malaikat dalam surah Al Baqarah ayat 30 : 

“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan KHALIFAH DI MUKA BUMI.” Mereka berkata : “Apakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu siapa yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Allah berfirman : “Sesungguhnya AKU MENGETAHUI APA YG TIDAK ENGKAU KETAHUI.”

... Allah yg menciptakan kereta dan kapalterbang, kerana itulah Allah telah adakan besi, petroleum dan getah.
... Allah yg menciptakan rumah, kerana itulah Allah adakan batu, pasir, kayu dan sebagainya.
... Dan pelbagai lagi ciptaan Allah melalui kudrat, fizikal, akal, pancaindera manusia yg juga diciptakan oleh Allah SWT. Kerana itulah Allah arahkan malaikat, jin dan iblis utk sujud kpd Nabi Adam AS. Firman Allah SWT:

“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada Para Malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam,” Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan TAKABUR dan adalah ia Termasuk golongan orang-orang yang kafir. (QS. Al Baqoroh : 34)

HAKIKATNYA SUJUD ITU ADALAH KPD KEHEBATAN ALLAH YG TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA.
Tetapi PENYAKIT SOMBONG telah membutakan iblis yg hanya nampak kebesaran dan kemuliaannya dibandingkan dgn manusia yg diciptakan dr tanah. Sedangkan sujud tersebut adalah untuk Allah SWT yg Maha Agung.
Oleh kerana VIRUS BAWAAN IBLIS yg ada dlm diri manusia, maka manusia juga telah menjadi SOMBONG SEPERTI IBLIS TIDAK TERASA KEHEBATAN ALLAH KERANA UJUB DENGAN DIRI TERASA PANDAI MELALUI CIPTAAN, KEMAJUAN & ILMU yg ada pd dirinya. Tidak kiralah org tu seorang professor, golongan professional, guru, ustaz, ulamak, pemimpin, org kaya dan juga org miskin.

Manusia janganlah sombong dgn pelbagai ilmu & kemajuan yg telah diciptakan. Kerana kita adalah FAKIR & DHAIF sblm Allah SWT hantarkan kita ke dunia. Kudrat, akal, jasad, penglihatan, pendengaran, suara, ilmu semua Allah SWT bagi bila dilahirkan di dunia.

#AllahMahaAgung
#AwaluddinMakrifatullah
#blogAkademiRasulullah
#IzzueIshakTulisBlog

No comments:

Post a Comment