Tuhan
itu pemimpin bagi manusia. Tuhan jugalah yang mengajar ilmu kepada manusia.
Tuhan salurkan ilmu itu kepada manusia dengan berbagai-bagai cara mengikut
tahap dan taraf manusia itu sendiri. Ada ilmu yang Tuhan salurkan kepada para
nabi dan rasul. Ada ilmu Tuhan berikan kepada ahli-ahli hikmah atau Al Hakeem.
Ada ilmu Tuhan beri kepada mujaddid dan mujtahid. Ada ilmu Dia salurkan kepada
orang yang bertaqwa. Ada juga ilmu yang Dia berikan kepada ahli-ahli fikir,
ahli falsafah atau philosopher.
PARA NABI DAN RASUL
Para
nabi dan rasul dididik terus oleh Tuhan tanpa campur tanga manusia. Oleh itu
para nabi dan rasul mempunyai jiwa yang begitu teguh dan kuat hingga mampu
menerima wahyu. Kalau wahyu diturunkan kepada orang yang bukan nabi atau rasul,
dia tidak akan tahan. Dia akan mati. Akan hancur luluh jiwanya kerana kesan
wahyu kepada jiwa itu sungguh hebat. Rasulullah s.a.w sendiri berpeluh-peluh
dan seperti demam apabila menerima wahyu. Kalau wahyu diturunkan kepada bukit
atau gunung, nescaya ia akan pecah berkecai.
Antara
sebab wahyu tidak lagi diturunkan pada waktu atau zaman ini adalah kerana sudah
tidak ada lagi manusia yang begitu kuat jiwanya hingga mampu menerima wahyu.
Dalam erti kata lain, Tuhan tidak didik lagi manusia seperti mana Dia mendidik
para nabi dan rasul selepas Rasulullah SAW.
Di
samping jiwa yang kuat hingga mampu menerima wahyu, para nabi dan rasul juga
dibekalkan oleh Tuhan – fathonah.
Fathonah adalah gabungan antara kekuatan fikiran (akal) dan kekuatan roh yang
luar biasa yang hanya diberi kepada para nabi dan rasul. Orang biasa tidak
diberi fathonah. Fathonah bukan setakat bijaksana kerana bijaksana hanya untuk
orang biasa, malah fathonah lebih tinggi daripadanya. Dalam Bahasa Melayu tiada
istilah yang bermaksud fathonah, oleh itu istilah bijaksana digunakan walaupun
ia tidak tepat. Fathonah adalah untuk mendapat ilmu daripada wahyu dan untuk
menerima agama daripada Tuhan.
Fathonah
adalah 100% anugerah daripada Tuhan tanpa perlu diusahakan – kerana kekuatan
dan kebersihan jiwa serta fathonah yang ada pada para nabi dan rasul; mereka
boleh beramal tanpa perlu bermujahadah. Tiada apa-apa dalam diri mereka yang
menjadi penghalang atau penentang untuk beramal sama ada akal ataupun nafsu.
Mereka itu rupa saja manusia tetapi roh mereka seperti malaikat. Dengan
fathonah ini, para nabi dan rasul mendapat tiga perkata iaitu:
1.
Dapat hafal wahyu
lafaz ke lafaz,
2.
Faham terhadap
wahyu,
3.
Tidak akan terlupa
wahyu sampai bila-bila.
AHLI HIKMAH,
MUJADDID DAN MUJTAHID
Umumnya
pada ahli hikmah, mujaddid dan mujtahid, mereka pada awalnya dididik oleh
manusia sebelum Tuhan mengambil alih mendidik mereka. Pendidikan ahli hikmah
ini ada campur tangan manusia. Oleh itu jiwa mereka tidak seteguh atau sekuat
jiwa para nabi dan rasul. Mereka tidak mampu menerima wahyu.
Ahli
hikmah ini tahu apa yang orang lain tidak tahu. Mereka nampak apa yang orang
lain tidak nampak. Mereka diberi Tuhan ilmu-ilmu yang mendalam, halus dan seni.
Ahli
hikmah ini wujud di zaman sebelum Rasulullah s.a.w dan juga di zaman selepas
baginda. Kalau mereka diberi hikmah pada zaman sebelum baginda, mereka
dikatakan ahli hikmah. Contohnya adalah Luqman Hakeem yang ada diceritakan
dalam al-Quran. Kalau mereka diberi hikmah pada zaman selepas Rasulullah, maka
ada dua bentuk – sama ada mereka itu 1.
Mujaddid, atau 2. Mujtahid. Mujaddid itu adalah pemimpin untuk
semua umat selepas Rasul. Mujtahid
itu membawa ilmu untuk semua umat selepas Rasul. Mereka lebih memahami agama
dari ulama-ulama yang lain yang sezaman dengan mereka. Mereka faham ilmu yang
seni dan tersirat.
Jika
para nabi dan rasul diberi Tuhan sebuah fathonah,
maka ahli hikmah, mujaddid dan mujtahid pula dianugerahi oleh Tuhan dengan
hikmah. Hikmah juga adalah gabungan antara kekuatan fikiran/akal dan kekuatan
roh. Hanya ia tidaklah setinggi dan sehebat fathonah.
Dengan hikmah, ahli hikmah, mujaddid dan mujtahid dapat menerima ilham. Mereka
mungkin tidak dapat hafal dari lafaz ke lafaz, tetapi mereka dapat memahami dan
mengingati. Cukuplah ini bagi mereka kerana mereka bukan sumber agama seperti
nabi dan rasul. Mereka hanya membawa pembaharuan agama. Kalau fathonah itu 100%
anugerah daripada Tuhan, hikmah ini 60% anugerah dan 40% mujahadah.
Selemah
mana pun umat Islam di akhir zaman, Islam tidak akan padam atau hilang kerana
adanya mujaddid dan mujtahid yang dilahirkan pada setiap zaman.
ORANG YANG BERTAQWA
Orang
yang bertaqwa juga diberi Tuhan ilmu kerana ketaqwaan mereka. Ada firman Allah
S.W.T:
Maksudnya:
“Kalau kamu bertaqwa, Allah akan ajar kamu ilmu.” (Al Baqarah: 282)
Ada
Hadis yang mengatakan:
Maksudnya:
“Barang siapa yang beramal dengan ilmu yang dia tahu, Allah akan pusakakan
padanya ilmu yang dia tidak tahu.” (Dikeluarkan oleh Abu Nuaim)
Taqwa
itu adalah sumber ilmu. Taqwa ini adalah 20% anugerah atau wahbiah dan 80% mujahadah.
AHLI FIKIR
Ahli
fikir adalah orang yang tajam
fikiran/akal tetapi tanpa roh. Roh mereka tumpul dan tidak berperanan. Mereka
ini boleh jadi:
a.
Genius (abqari)
b.
Cerdik biasa (zaka’)
Ahli
fikir ini mendapat ilmu hanya dari saluran fikiran mereka semata-mata sama ada
dari apa yang mereka belajar, dari apa yang mereka perhatikan atau daripada
hasil ujian dan kajian yang mereka lakukan. Mereka dapat ilmu tetapi tidak
dapat taufik dan hidayah (pimpinan dan petunjuk).
Genius
itu adalah pengasas. Dia mengasaskan sesuatu teori atau penemuan. Zaka’ itu pula adalah penghurai. Dia
memanjangkan teori atau penemuan yang dibuat oleh genius – contohnya, Albert
Einstein merupakan seorang genius yang mengasaskan teori tenaga atom. Ramai zaka’ selepasnya menghurai teori itu dan
mencipta reaktor tenaga atom dan bom atom. Dengan teori yang sama, mereka kini
mencipta reaktor tenaga nuklear dan bom nuklear.
Ulama
juga ada yang menjadi ulama hanya dengan kekuatan fikiran mereka semata-mata
tanpa penglibatan roh. Mereka mempelajari ilmu agama seperti orang belajar ilmu
sains, matematik, sejarah dan lain-lainnya di kolej dan universiti. Mereka
mengaji, belajar, mengumpul dan membahas ilmu agama yang lahir dan tersurat
hanya dengan menggunakan akal. Ilmu mereka tanpa roh. Ulama seperti ini juga
tidak mendapat taufik dan hidayah, kerana roh tidak ada meskipun adanya ilmu. Ilmu
mereka itu tidak mampu memimpin dan mendidik mereka, bahkan tidak dapat rasa
cinta dan takut dengan Tuhan. Ilmu mereka itu, walaupun ianya ilmu agama, tidak
dapat membuahkan akhlak pada diri mereka mahupun pada orang lain. Mereka hanya
suka berbahas, bermujahadah dan menunjuk-nunjukkan kelebihan mereka; mereka
mudah tertipu dengan dunia, nafsu dan syaitan.
Ahli-ahli
fikir ini termasuk ahli-ahli fikir dalam bidang agama. Kalau hendak mendapat
taufik dan hidayah, mestilah ikut mujaddid. Kalau tidak, mereka akan hanyut
jauh dari Tuhan dengan ilmu mereka sebegitu.
Ahli-ahli
fikir ini, makin mereka berilmu, makin mereka akan sesat dan jauh dari Tuhan.
Apa pun yang mereka kata atau cipta, hanyalah berbentuk ideologi semata-mata
yang tidak ada Tuhan di dalamnya. Apa pun yang mereka kata atau cipta tidak
akan membawa kepada Tuhan. Mereka tidak dapat taufik dan hidayah. Roh mereka
mati. Ideologi itu hakikatnya adalah sekularisma – yang bermaksud menafikan
Tuhan.
No comments:
Post a Comment