Thursday 4 May 2017

PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM 5 - PANDUAN MENDIDIK ANAK REMAJA (13 – 18 tahun)

PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM 5 - PANDUAN MENDIDIK ANAK REMAJA (13 – 18 tahun)


Banyak orang boleh memberi ilmu tapi gagal mendidik, orang yang berjaya mendidik manusia itu ialah orang yang dirinya lebih dahulu terdidik

Kebanyakan kanak-kanak atau lebih tepat lagi remaja, mereka sudah baligh di usia 13 hingga 18 tahun. Sesetengahnya baru memasuki alam itu. Di sini bermulalah alam baru bagi mereka. Fitrah anak-anak muda di usia ini, antaranya ialah lelaki sudah ada keinginan terhadap perempuan, begitu juga sebaliknya. Fitrah ini jika tidak dikawal akan menyebabkan berlaku pergaulan bebas yang membawa kepada keruntuhan akhlak muda-mudi. Inilah yang berlaku hari ini hasil didikan secara tidak langsung oleh persekitaran mereka. Media massa misalnya; sama ada media elektronik atau media cetak; turut terlibat dalam mempengaruhi budaya bebas ini. Bagi anak anak yang telah dididik secara serius dengan pendidikan Islam, yang mana mereka sudah ada sedikit rasa bertuhan dan rasa kehambaan serta tahu batas-batas syariat, inilah yang menjadi benteng dari segala pancaroba dunia moden hari ini. Rasa cinta dan takut kepada Tuhan sajalah yang mampu menghalang manusia dari melakukan kejahatan. Namun kebanyakan remaja hari ini masih perlukan pengawasan ibu bapa. Kita tidak boleh merasa senang hati kerana merasakan mereka sudah besar dan tahu berfikir lalu membiarkan kedewasaan mereka tanpa diikat.

Kita hendaklah memberi perhatian kepada mereka antaranya: 


1. Siapa kawan-kawannya 
Kadang-kadang pengaruh kawan-kawan di peringkat ini perlu diambil kira Pengalaman yang sudah-sudah menunjukkan walaupun masyarakat kampung yang terbiasa dengan didikan keagamaan namun apabila tiba di bandar atau kota, semuanya boleh berubah dengan sekelip mata. Kalau begitu, tugas ibu bapa dalam mendidik anak belum lagi selesai. Malah di waktu ini lebih mencabar lagi 


2. Pengisian ilmu 
Perkara yang mesti dititikberatkan di peringkat ini ialah ilmu tauhid, ilmu feqah dan ilmu tasawuf.

§  membantu mereka dalam mujahadatunnafsi (melawan hawa nafsu)
§  meningkatkan pengalaman mereka melalui latihan kemahiran.
§  mematangkan fikiran mereka dengan mendedahkan kepada program luar.

Kesemua ini adalah ilmu yang mesti diberikan sama ada secara langsung atau tidak. Ilmu sebenarnya tidak semestinya disampaikan di tempat atau dimajlis-majlis rasmi saja, ia boleh disampaikan di mana-mana saja Bahagian pertama mungkin boleh diperolehi di sekolah, tapi bahagian lainnya tidak akan diperolehi di bilik darjah, bahkan alam sekitarlah sekolahnya secara tidak langsung. Mungkin teguran kawan boleh mendidiknya dan boleh jadi juga kesusahan kawan boleh mendidiknya. Lebih-lebih sikap dan akhlak ibu bapa sendiri memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak-anak. Rasulullah SAW sendiri sentiasa mendidik para Sahabat tidak kira di mana sahaja sama ada di atas unta, di masjid, di pasar, di kedai-kedai, waktu rehat, ketika musafir, di majlis kenduri, di majlis kematian hatta di medan perang sekalipun, Rasulullah mendidik seseorang itu tanpa menangguh-nangguhkan masanya. Apabila dilihat saja seorang Sahabat melakukan kesalahan, terus dibetulkannya. Misalnya, pernah berlaku pada suatu hari ketika Rasulullah membaca khutbah Jumaah, tiba-tiba masuk seorang Sahabat dan duduk tanpa bersembahyang sunat Tahiyatul Masjid, lantas baginda dalam khutbah itu terus meminta Sahabat tadi agar segera bangun untuk bersembahyang sunat. Rasulullah tidak menunggu habis sembahyang Jumaat untuk memberitahunya. 

Mengenal pasti watak dan tahap pemikiran mereka Ibu bapa dan pendidik hendaklah mengenal pasti watak dan tahap pemikiran mereka. Apakah mereka golongan cerdik pandai atau golongan yang ingin tahu atau golongan degil. Untuk berhadapan dengan anak remaja ini perlu kepada kaedah yang tidak sama di antara satu sama lain.

Golongan cerdik pandai Boleh jadi anak kita seorang yang bijak dan tinggi ilmunya. Untuk menghadapinya ibu bapa hendaklah bijaksana juga. Apa yang ibu bapa sarankan kepadanya hendaklah disertakan dengan dalil dan hujah yang tepat. Mereka mudah menerimanya jika hujan yang diberikan itu dan munasabah. 

Golongan yang ingin tahu Boleh jadi juga kita mempunyai anak yang mudah mengikut tunjuk ajar atau telunjuk yang baik. Mereka ini mudah dihadapi, iaitu hanya dengan memberi ilmu dan nasihat yang baik serta contoh teladan yang baik dan mudah pula mereka mengikutnya. 

Golongan degil Tidak kurang juga mereka yang mempunyai anak yang degil, yang tidak senang hati dengan sikap ibu bapanya. Untuk menghadapinya, ibu bapa hendaklah pandai membawa mereka berbincang secara empat mata. Minta dijelaskan perkara yang tidak disenanginya. Mereka memang suka berhujah dan berdebat. Di sinilah ibu bapa mesti pandai mematahkannya dengan baik. Setelah jelas kebenarannya barulah mereka mahu menerimanya. Ketiga-tiga golongan ini wujud di mana-mana sama ada di kalangan kanak-kanak, orang dewasa, muda-mudi mahupun orang tua. Oleh itu para pendidik mestilah mengenal pasti setiap golongan itu agar didikan yang disampaikan itu tepat pada sasarannya. 

Tahu kaedah dan pendekatan pendidikan Di samping itu kaedah atau pendekatan pendidikan hendaklah selari dengan kaedah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah. Ini kerana pendekatan yang dibawa oleh baginda sudah terbukti membawa kejayaan. 

Pendidikan Rasulullah terbahagi kepada dua peringkat: Peringkat Makkah dan Peringkat Madinah 

Di peringkat Makkah, Rasulullah membangunkan insan. Manakala di peringkat Madinah, baginda memulakan pembangunan fizikal. Hasil dari proses didikan seperti ini, maka lahirlah masyarakat, negara dan dunia yang aman makmur serta mendapat keampunan Aliah.

Di sini disenaraikan kaedah pendidikan itu sebagai panduan para pendidik: 

a- PEMBINAAN INSAN 
Mendidik jiwa tauhid agar tumbuh rasa bertuhan dan rasa kehambaan yang tinggi terhadap Allah SWT. Ertinya mengenalkan Tuhan kepada manusia. 'Kenal' Tuhan tidak sama dengan 'tahu' tentang Tuhan. Kalau sekadar tahu tentang adanya Tuhan, tahu bahawa Tuhan itu Maha Mendengar, Maha Melihat dan sebagainya, belum tentu seseorang itu takut dan cinta kepada Allah. Seseorang yang benar-benar kenal Tuhannya dia pasti cinta dan takut kepada Tuhannya. Inilah yang dilakukan oleh baginda di peringkat Makkah iaitu mengenalkan Tuhan kepada para Sahabat selama 13 tahun sehingga mereka benar-benar cinta dan takut kepada Tuhan. Hati yang takut dan cinta kepada Tuhan sahaja yang mampu memikul syariat dan hukum-hakam dari Tuhan. Oleh sebab itulah setelah mereka benar-benar kenal Tuhan, barulah datang perintah syariat di peringkat Madinah yang mengambil masa 10 tahun sahaja. Ertinya mengenalkan Tuhan kepada manusia memakan masa yang lebih lama. Oleh itu kita yang bercita-cita ingin menegakkan Islam dalam kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan seterus negara dan alam sejagat ini, perlu berusaha mengenalkan Tuhan kepada anak-anak sejak kecil lagi. 
Jadi anak-anak kita yang sudah meningkat remaja ini, tidak boleh kita paksa paksakan untuk melakukan syariat semata-mata. Apa yang lebih utama ialah menanamkan dalam hatinya rasa bertuhan dan rasa kehambaan seperti: Merasa Maha Besarnya Allah, Maha Agungnya, Maha Berkuasa melakukan apa sahaja ke atas diri kita, Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Maha Pemurah dan Maha Menghukum, Maha Adil dan lain-lain sifat Tuhan. Inilah yang dikatakan rasa bertuhan. Manakala rasa kehambaan pula ialah merasa diri lemah, rasa diri tidak mampu, rasa tidak berkuasa apa-apa, rasa bodoh, rasa mengharap kepada Tuhan, rasa berdosa, rasa bersalah, rasa hina dina, rasa cemas dan bimbang dan lain-lain. Antara usaha yang boleh dilakukan untuk mencapai apa yang disebut di atas maka anak-anak remaja ini hendaklah: a. Dibawa berfikir tentang kekuasaan Allah. b. Dibawa berfikir tentang kehebatan Allah. c. Dibawa berfikir tentang kebaikan Allah. d. Dibawa berfikir tentang rahmat Allah serta nikmatNya. Banyak ayat Al Quran yang boleh membuka fikiran kita ke arah itu.

Ayat-ayat itu yang kebanyakannya diturunkan di Makkah antaranya bertujuan: 

1. Mendidik hati agar rasa rindu dengan Syurga Allah, rahmat-Nya, keampunan-Nya dan bantuan-Nya 
Misalnya: a. Khabar gembira dari Allah tentang kebaikan Syurga. b. Khabar gembira dan Allah tentang rahmat Allah yang tidak terhingga. c. Khabar gembira dari Allah tentang sifat keampunan Allah terhadap hambaNya yang bertaubat. d. Khabar gembira dari Allah tentang jaminan-Nya ingin membantu hambaNya yang bertaqwa. Bacakan selalu ayat-ayat Al Quran yang mengandungi khabar gembira di atas. Selain itu elok juga diceritakan sejarah orang-orang soleh dan kejayaan mereka. 

2. Mendidik hati manusia agar merasa gerun dengan Neraka dan azab Allah
Untuk mencapai ini, mereka hendaklah diingatkan selalu akan: a. Buruknya isi Neraka b. Dahsyatnya azab Neraka. c. Ugutan Allah terhadap orang yang menentang kebenaran. d. Kemurkaan Allah terhadap penderhaka hukum Allah. 

3. Mendidik manusia agar melakukan amal soleh dan berakhlak mulia 
Ini boleh dilakukan dengan menceritakan kisah sejarah para nabi dan rasul serta orang soleh. Cerita-cerita itu boleh dijadikan panduan dalam beramal. Biasanya manusia akan berbuat sesuatu jika sudah ada contoh yang baik. Kalau begitu, didikan yang paling berkesan selepas menceritakan sejarah seperti itu ialah menunjukkan contoh teladan yang baik dari diri pendidik itu sendiri. 

4. Mendidik manusia agar menghindari sifat-sifat jahat agar selamat dari api Neraka 
Untuk mendidik anak-anak ke arah ini, para pendidik bolehlah membaca sejarah orang yang menentang Islam dan Allah. Bagaimana mereka dihukum akibat menentang utusan Allah yang didatangkan kepada mereka, seperti kisah Firaun, Namrud, Qarun, Hamman. Jadi, pendidik adalah digalakkan membaca sejarah itu dan memperdengarkannya kepada anak didik mereka


b- MEMBANGUNKAN FIZIKAL 

Setelah insan seorang Muslim itu terbina maka jiwa mereka mudah diperintah dan dilarang dengan sesuatu hukuman. Mereka mudah mematuhinya kerana jiwa mereka sudah bersedia memikul berbagai tanggungjawab. Dengan kata-kata lain mudahlah mereka mengamalkan syariat dan hukum-hakam Tuhan sebagaimana yang dikehendaki oleh-Nya. Di sini jika mereka melakukan segala tugas yang dibebankan itu, mereka akan melakukannya dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Mereka tidak lalai dan sombong dengan kebolehan yang ada. Dalam membina fizikal ini, mereka hendaklah dilatih dan didorong membuat sesuatu kerja mengikut bakat dan bidang masing-masing. Kerja yang dilakukan itu hendaklah pula diawasi agar tidak berlawanan dengan syariat Islam. Mereka boleh dilatih berniaga untuk melihat kejujuran dan amanah mereka, cara berurus niaga dengan betul dan cara melayan pelanggan. Mereka boleh dilatih mengajar, mengajar adik-adik dengan ilmu yang tepat. Mereka juga boleh dilatih menjadi jurubina, membuat rumah, juruelektrik dan lain-lain yang sesuai dengan umur mereka. Aktiviti ini selain menjadikan fizikal mereka cergas dan aktif, boleh juga mendidik hati dan diri mereka untuk mengamalkan ajaran Islam secara praktikal. Ini juga boleh memahamkan mereka bahawa ajaran Islam itu bukan sekadar menyuruh melakukan ibadah sembahyang, puasa, mengerjakan haji dan zakat semata-mata malah segala aktiviti hidup juga boleh dijadikan ibadah. Selain itu para remaja akan dapat menimba pengalaman di bidang yang menjadi minat dan bakat mereka. Ini amat berguna sekiranya di masa hadapan mereka ingin mendalami di bidang tersebut. Para remaja ini adalah aset bangsa, agama dan negara. Oleh sebab itulah pendidikan sama ada di sudut insaniah mahupun lahiriah, amat penting untuk melengkapkan mereka sebagai pengganti perjuangan kita hari ini. Kaedah yang dibentangkan di sini jika dapat diikuti dengan baik pastilah akan melahirkan generasi yang berilmu, beriman dan bertaqwa di samping berfikiran jauh, matang dan mantap. Ketika itu lahirlah masyarakat yang berakhlak mulia dan berbudi tinggi dalam sebuah negara yang aman makmur sebagaimana firman Allah: "Negara yang baik (makmur) dan mendapat keampunan Tuhan." (Saba': 5)

PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM 1 - BAGAIMANA MELAHIRKAN ANAK SOLEH (0 - 3 TAHUN)
http://akademirasulullah.blogspot.my/2017/05/panduan-pendidikan-islam-1-bagaimana.html

PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM 2 - PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH DALAM ISLAM (4 - 6 tahun)
http://akademirasulullah.blogspot.my/2017/05/panduan-pendidikan-islam-2-pendidikan.html


PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM 3 - PANDUAN MENDIDIK ANAK 7 HINGGA 9 TAHUN
http://akademirasulullah.blogspot.my/2017/05/panduan-pendidikan-islam-3-panduan.html

PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM 4 - PANDUAN MENDIDIK ANAK 10 HINGGA 12 TAHUN
http://akademirasulullah.blogspot.my/2017/05/panduan-pendidikan-islam-4-panduan.html

PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM 4 - PANDUAN MENDIDIK ANAK 10 HINGGA 12 TAHUN

PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM 4 - PANDUAN MENDIDIK ANAK 10 HINGGA 12 TAHUN


Pendidikan itu tapaknya sembahyang atau asasnya sembahyang. Ia diperintahkan bermula di dalam keluarga. Dari sinilah titik tolak disiplin di dalam Islam. Kalau keseluruhan disiplin yang diwujudkan tidak bermula daripada disiplin sembahyang, disiplin-disiplin yang lain tidak akan memberi kesan


Kanak-kanak yang sudah berusia sepuluh tahun sudah masuk ke peringkat matang. Di usia ini, mereka sudah dapat menilai apa yang dilihat. Di usia ini juga mereka sudah boleh dipertanggungjawabkan dengan sesuatu tugas. Malah mereka sudah ada pengaruh dan boleh mempengaruhi orang lain. Berdasarkan ini, maka munasabahlah Islam meminta ibu bapa dan pendidik memberi didikan serius kepada kanak-kanak di usia ini. Di sinilah didikan final sebelum memasuki alam baligh. Lihat sabda Rasulullah SAW: Suruhlah anak kamu bersembahyang diumurnya tujuh tahun, dan pukullah mereka di usia sepuluh tahun (Jika tidak mahu sembahyang).

Hadis ini menjelaskan bahawa pendidikan yang pernah dibuat dalam lingkungan umur 7 hingga 9 tahun itu mesti diteruskan lagi di peringkat ini. Bezanya, pendidikan di waktu itu hanya sekadar suruh dan bimbing agar mereka melakukan amalan baik itu tatapi diperingkat ini mesti ditekankan sedikit. Mereka yang masih mahu berdalih untuk tidak mahu melakukan amalan baik itu boleh dihukum dengan hukuman yang setimpal. Rasulullah menganjurkan agar mereka dipukul (rotan) dengan tujuan mendidik.

Perkara yang mesti diberi perhatian serius di usia ini ialah: 


1. Ibadah Sembahyang dan Puasa 
Ibadah sembahyang dan puasa yang pernah diajar sebelum ini hendaklah dipertingkatkan kualitinya. Di peringkat ini anak-anak hendaklah disuruh:
§  Menghafal dan memahami erti bacaan dalam sembahyang supaya mereka faham apa yang mereka ucapkan itu.
§  Memastikan mereka boleh bersembahyang dengan tertib.
§  Setiap pergerakan dalam sembahyang mestilah tertib. Misalnya rukuknya, sujudnya, duduk antara dua sujud, duduk tahiyat dan lain-lain mestilah tertib.
§  Memastikan mereka benar-benar tahu membezakan mana yang rukun, mana yang wajib.
§  Demikian juga mereka sepatutnya benar-benar kenal perkara-perkara sunat, sunat ab'ad dan lain-lain dalam sembahyang.
§  Dalam sembahyang berjemaah pula, di peringkat ini anak-anak sepatutnya sudah mampu mengikut imam dengan betul. Mereka tahu bagaimana mengikut imam ketika masbuk, ketika imam terlupa bilangan rakaat misalnya dan lain-lain.
§  Namun sekiranya anak kita belum lagi dapat menguasai sembahyang sepenuhnya maka kita wajib memberikan bimbingan dan galakan kepada mereka.
§  Bagi anak-anak yang masih liat untuk bersembahyang, kita wajib melatih mereka sehingga mereka tidak lagi mudah meninggalkannya.

Demikianlah antara didikan yang perlu dilakukan untuk melatih anak-anak bersembahyang. Andainya kanak-kanak susah hendak menurut tunjuk ajar, mungkin sesekali melakukannya dan di lain masa mereka meninggalkannya, ibu bapa tidak boleh berdiam diri dengan membiarkan mereka tidak bersembahyang Di sinilah perlunya menggunakan kaedah pukul sebagaimana perintah Rasulullah di atas tadi. Rasulullah menyebut "pukul" di sini sebagai jalan keluar ke arah penyelesaian terakhir. Ertinya perintah pukul itu bukanlah suatu yang mesti. Jika ada jalan lain yang tentu lebih ringan tetapi berkesan, eloklah digunakan. Andainya semua usaha tidak juga berhasil maka bolehlah dipukul. Bagaimanapun, pukulan yang dimaksudkan bukan bermakna mendera mereka. Ada syarat-syaratnya pula dalam memukul anak. Antaranya:
§  Tidak boleh memukul dalam keadaan marah dan hilang pertimbangan. Jika rasa marah, tangguhkan dulu hukuman. Rotanlah mereka sewaktu hati telah sejuk.
§  Berniat merotan itu kerana Allah Taala di samping berdoa semoga dengan hukuman itu anak-anak akan insaf dan tidak mengulangi lagi perbuatan meninggalkan sembahyang.
§  Tidak boleh memukul atau merotan di bahagian muka atau kepala atau bahagian-bahagian yang lembut sehingga boleh membahayakan mereka.
§  Tidak boleh memukul sehingga mencederakan anak.
§  Elok pukul di bahagian tapak kaki.


2. Panduan Bersuci 
Bersuci sudah pun diajar di sekolah, dalam hal ini mungkin sebahagian daripada murid-murid sudah mahir Tapi guru atau ibu bapa tidak seharusnya merasa puas dengan kepandaian mereka, perhatikan terus terutama setelah mereka berumur sepuluh tahun. Ini penting kerana di umur itu mereka sudah hampir kepada balighnya yang mana waktu itu mereka akan dipertanggungjawabkan dengan segala hukum Islam. Kalau mereka tidak dibiasakan dengan perlaksanaan hukum secara betul sebelum baligh, tentu menjadi susah untuk mereka melakukannya di waktu baligh. Antara perkara yang perlu ditekankan dalam soal bersuci ialah:

§  Mengajar mereka cara mengambil air sembahyang dengan betul dan sempurna.
§  Perhatikan cara mereka membasuh anggota wudhuk dengan sempurna. Selagi tidak sempurna, suruh mereka mengambil semula wudhuk.

Cara menyuci pakaian dan tempat juga mesti diajar secara serius. Sesekali hendaklah disuruh mereka membasuh benda yang terkena najis. Perhatikan:

§  Cara mereka membuang ain najis.
§  Cara mereka membasuh benda atau tempat yang terkena najis.
Ajarkan juga tentang jenis-jenis air dan lain ilmu fardu ain yang berkaitan dengan bersuci. 


3. Panduan dalam Bergaul 
Dalam soal bermasyarakat, ibu bapa mestilah mengawasi pergaulan anak-anak. Eloklah dilarang mereka berkawan dengan kanak kanak nakal atau jahat. Sebaliknya pupukkan rasa hormat cinta dan kasih kepada orang orang soleh Kalau sedari kecil mereka terdidik begitu, pastilah mereka akan berhati-hati dalam setiap tindakan sama ada percakapan atau perbuatan. Nanti bukan saja mereka menghormati orang tua dan orang soleh malah terhadap kawan sebayanya. Untuk mencapai ke tahap itu, beberapa dalam pergaulan hendaklah diingatkan selalu kepada anak-anak:

§  Jangan dibiasakan berludah atau membuang hingus di dalam sesuatu majlis atau di hadapan kawan atau di tengah ramai. Sebaik-baiknya cari tempat yang terlindung seperti tandas untuk membuangnya
§  Janganlah dibiasakan duduk dengan menyilangkan kaki di atas kaki. Begitu juga dengan tangan, jangan dibiasakan menungkat dagu atau menyandarkan kepala ke atas lengan. Ini semua mewarisi sifat pemalas
§  Kawal mereka agar jangan terlalu banyak bercakap kerana banyak cakap itu adalah sifat keji
§  Didik mereka agar tidak menghina atau memperkecilkan orang lain
§  Jangan membiarkan mereka menghormati seseorang kerana kekayaannya
§  Jangan membiarkan mereka bersifat sombong dengan kebolehan diri.
§  Jika berlaku dalam sesuatu majlis persoalan mengumpat atau memfitnah orang lain, eloklah ditinggalkan saja majlis itu.
§  Elakkan dari menceritakan kebolehan atau kepandaian diri, sebaliknya ceritakan kebaikan orang lain.
§  Kurangkan bergurau senda kerana ia boleh membawa kepada keburukan.

Ibu bapa dan para pendidik di sekolah seharusnya memainkan peranan yang serius agar sepanjang pergaulan sama ada sesama mereka mahupun dengan orang dewasa membuahkan akhlak yang mulia. Di peringkat latihan ini memang sering mereka tersalah tetapi kesalahan itu boleh dibetulkan dengan segera. Cuma perlu diingat, kaedah menegur mereka hendaklah berhikmah, misalnya:

§  Mereka sudah ada sifat malu, oleh itu eloklah buat teguran secara umum di dalam kelas tanpa menyebut nama
§  Tidak boleh menegur di khalayak ramai. Jika perlu menegur secara direct, tegurlah secara empat mata


4. Memupuk Minat Membaca 
Kanak-kanak di usia ini sudah boleh membaca dengan baik. Kepandaian mereka membaca itu hendaklah digalakkan ke arah minat membaca antaranya dengan:

1.    Menyediakan mini perpustakaan di rumah.
2.    Pandu anak-anak jenis-jenis buku yang elok dibaca, misalnya: buku-buku sejarah perjuangan Rasulullah dan para Sahabat.
3.    Anak-anak hendaklah dibimbing ke arah memahami: a. Cara perjuangan Rasulullah dan para Sahabat.b. Akhlak mulia mereka.c. Cara hidup mereka.d. Cara mereka menyelesaikan persoalan masyarakat.e. Cara mereka meningkatkan keimanan dan ketaqwaan.f.  Kehebatan kepimpinan mereka.
4.    Kesan dari pembacaan itu diharapkan mereka mencintai orang-orang soleh dan seterusnya mencontohnya.
5.    Bacaan ringan yang bergambar (boleh menarik minat mereka untuk membacanya). Yang pentingnya bacaan itu dapat difahami dan dapat diambil iktibar.
6.    Majalah kanak-kanak dan komik yang ada unsur-unsur didikan Islam.
7.    Selalu bersama mereka sewaktu membaca.
8.    Ambil berat soal pelajaran sekolahnya; lihat buku kerja sekolahnya dan uji ingatannya tentang pelajaran yang telah diajar. Peruntukkan waktu malam untuk itu supaya mereka merasa diberi perhatian, dan agar mereka tidak hanya leka menonton televisyen.
9.    Selain dari itu, mereka hendaklah digalakkan membaca Al Quran sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Ini jika mereka masih dalam penngkat belajar membacanya, tidak cukup hanya dengan membaca di tempat belajar saja. mereka mesti disuruh membacanya di rumah sekurang-kurangnya dua kali dalam sehari.
10. Dalam kesempatan itu, ibu bapa hendaklah memahamkan kepada mereka maksud isi ayat yang dibaca itu.


KANAK-KANAK MENJELANG BALIGH 

Kanak-kanak sebelum memasuki alam balighnya akan mengalami sesuatu kelainan dari biasa, sama ada bagi kanak-kanak lelaki mahupun perempuan. Di antara yang ketara ialah:

§  Sudah ada perasaan malu.
§  Fizikal juga sudah ada perubahan ke arah tubuh orang dewasa.
§  Perempuan lebih cepat baligh dari lelaki, sebab itu kita dapat lihat kanak-kanak perempuan lebih dulu malu dari kanak-kanak lelaki yang sebayanya.
§  Jangkaan usia paling awal kanak-kanak perempuan baligh ialah 9 tahun, akan tetapi kebiasaannya pada usia 11-15 tahun. Manakala kanak-kanak lelaki pula baligh di usia 12-15 tahun.


PENDIDIKAN SECARA PRAKTIKAL 

Pendidikan yang tepat adalah pendidikan yang dilaksanakan untuk mendidik hakikat diri manusia, Ia merupakan didikan yang dilaksanakan secara saksama dan bersepadu dalam membina akal, nafsu dan roh manusia. Pendidikan ini sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan pendidikan Barat yang hanya menumpukan pembinaan akal, fizikal dan nafsu semata-mata Maka lahiriah manusia yang tidak seimbang antara pembangunan akal, roh dan nafsunya. Pendidikan secara praktikal ini termasuklah: 

A. Bina insan melalui sembahyang
Rasulullah memerintahkan ibu bapa agar memulakan didikan dengan menyuruh anak-anak yang berumur tujuh tahun menunaikan sembahyang. Ertinya, didikan secara praktikal sudah bermula sejak usia tujuh tahun. Malah ibu bapa wajib memukul anak-anak jika mereka mencuaikan sembahyang apabila telah mencapai usia sepuluh tahun. Oleh kerana persoalan sembahyang ini amat penting, ia mesti dilaksanakan secara berjemaah bersama ahli keluarga tanpa mengecualikan anak kecil kerana ia sangat mendisiplinkan seluruh kehioupan berkeluarga. Sembahyang yang diatur dan diprogramkan secara berjemaah adalah satu cara terbaik untuk mendidik anak-anak kerana sembahyanglah yang dapat membina peribadi agung sebagaimana generasi salafussoleh zaman dahulu. Inilah kaedah yang paling tepat dalam memulakan didikan. Melalui sembahyang yang benar-benar dihayati, akan lahir pada diri seseorang itu rasa bertuhan dan rasa kehambaan yang mendalam. Rasa bertuhan itu misalnya rasa hebatnya Tuhan, rasa gagahnya Tuhan, merasa betapa hebatnya kebesaran Tuhan, rasa Tuhan sentiasa melihat mendengar dan mengetahui apa saja yang berlaku pada dirinya rasa kehambaan pula seperti rasa malu, rasa lemah, rasa dm hina dina. rasa harap kepada Tuhan, rasa takut kepada Nya dan lain lain. Alhasil, lahirlah seorang penbadi yang kuat jiwanya serta berjiwa besar kerana sandarannya adalah kepada Tuhan yang Maha Gagah, lahirnya peribadi yang berani menegakkan kebenaran, rajin, sabar, berdisiplin dan lain-lain. Inilah peribadi-peribadi yang mampu membina kemajuan lahiriah dan rohaniah serentak sebagaimana generasi dahulu. 

B. Melatih kemahiran hidup 
Anak-anak perlu dikenal pasti minat dan bakat mereka Kemudian bakat dan minat itu hendaklah dipupuk dan disuburkan. Mari kita iihat bagaimana masyarakat Australia mengajar anak-anak mereka untuk hidup supaya menjadi bangsa yang maju dan mampu berdikari Pelajar-pelajar sekolah dasar dibekalkan cake cup untuk dijual ketika keluar dari rumah menuju ke sekolah. Manakala pelajar-pelajar sekolah menengah pula diajar supaya berdikari dengan bekerja di pejabat-pejabat setelah tamat waktu pengajian. Malah disokong pula oleh  majikan-majikan premis di tempat mereka bertugas secara part-time. Mereka telah memulakan proses pembinaan bangsa sejak kecil lagi. Berbeza dengan fenomena yang berlaku di Malaysia, siswazah-siwazah universiti yang mengambil bidang pertanian dan ekonomi masih belum tahu apa itu marketing. Sedangkan bangsa lain telah menguasai tampok ekonomi negara. Sebenarnya, inilah yang perlu diterapkan pada para pelajar melalui kursus praktikal di dalam atau luar negera. Barulah mereka tahu bagaimana bangsa yang maju melatih anak bangsanya. Bermula dari situ, bukan saja pelajar dapat menguasai ilmu melalui praktikal malah pendidik dapat mencungkil sifat-sifat positif dan negatif yang tercetus ketika praktikal sedang dilaksanakan. Barulah pendidik boleh mengenal dan mendidik nafsu, akal dan roh mereka. Sebab itu, kita dapat saksikan umat Islam yang mempunyai empat puluh buah negara pun tidak kuat ekonomi, ketenteraan dan politiknya Mengapa perkara sebesar (sistem pendidikan) ini tidak dikaji? Sepatutnya OIC bersidang untuk memikirkan dan menyelesaikan masalah ini. Bukan hanya sekadar memikirkan tentang minyak. 


KONSEP DEWASA MENURUT ISLAM 


Mukallaf adalah seorang muslim, berfikiran waras dan telah mencapai usia baligh. Baligh merupakan turning point bermulanya tanggungjawab ke atas individu muslim tadi. Ia berlaku seawal-awalnya dari usia sembilan tahun dan selewat lewatnya lima belas tahun. Jika kita kaji pandangan ulama sekarang mengenai hikmah baligh, mereka hanya mampu mengatakan bahawa ini adalah masa bermulanya kewajipan mendukung hukum Tuhan, dosa dan pahala. Tidak lebih dari itu. Sebenarnya, di sebalik kejadian Tuhan ini ada hikmah yang besar dan tersirat yang mesti ditanami oleh para pendidik, ibu bapa dan pemimpin. Jadi, apakah isyarat Tuhan di sebalik perkara tersebut? Baligh ertinya seorang manusia yang telah dewasa dari segi batiniahnya sehingga diwajibkan untuk menunaikan perintah Tuhan dan meninggalkan larangan-Nya. Seolah-olah Tuhan ingin memberitahu kita bahawa didikan yang tepat semenjak kecil mendorong akal, nafsu dan roh untuk ikut dewasa bersama fitrah dan fizikalnya. Iru bermakna, usia baligh merupakan titik tolak bermulanya title dewasa bagi setiap individu Islam mahupun bukan Islam. Tetapi kesan daripada didikan yang tidak seimbang, realiti yang berlaku sekarang sangat berbeza dengan apa yang dibuktikan oleh sejarah. Sebagai contoh, Sayidina Usamah bin Zaid telah dilantik sebagai panglima perang ketika umurnya lapan belas tahun. Sekarang, usia panglima tentera tiada  yang kurang dari empat pulun tahun. Hassan Al Basri, pada usia mudanya telah diktiraf oleh Sayidina Ali untuk mengajar ulama dan sahabat dalam Tafsir, Feqah, Tasawuf dan lain-lain sedangkan beliau dari Tabiin. Imam As Syafie pula telah dilantik menjadi mufti di Baghdad ketika berusia lima belas tahun. Demikianlah contoh sejarah yang membuktikan kepada kita betapa pendidikan yang dilagangkan oleh orang-orang yang dilantik Tuhan sangat adil dalam meletakkan manusia pada tempatnya kerana sistem ini datang dari Tuhan yang menjadikan manusia dan semestinya Dia adalah Yang Maha Pakar dalam menentukan pendidikan yang tepat untuk mereka. Itulah rahsia bagaimana Rasulullah SAW berjaya membina empayar dalam tempoh dua puluh tiga tahun sahaja. Tuhan beri isyarat dengan istilah baligh sebagai satu border kepada berakhirnya zaman kanak-kanak dan bermulanya zaman dewasa. Para pendidik perlu tahu, bukan fisiologi sahaja yang dewasa tetapi roh dan akal juga perlu dewasa juga. Malang sekalilah kalau sudah berumur tiga puluh tahun tetapi akalnya masih di peringkat kanak-kanak belasan tahun. Contohnya, ramai siswazah universiti yang telah menamatkan pengajian mereka tetapi tidak pandai cari makan sendiri. Ada golongan yang sudah berumur pula sibuk dengan hobi yang tidak bermanfaat seperti memikat burung, melaga ayam dan sebagainya. Sebenarnya, mereka adalah mangsa korban pendidikan yang salah. Inilah sebabnya mengapa pada zaman duhulu, ramai yang berkahwin awal. Mereka benar-benar menjadi orang dewasa apabila baligh dan boleh berkahwn sedangkan, kahwin bukan suatu perkara yang mudah. Mudahkah menjaga dan menyara anak orang? Bagaimana perkara ini berlaku kalau tidak melalui sistem pendidikan yang mematangkan dan mendewasakan manusia semenjak balighnya. Oleh itu, kita perlu merancang untuk membina persekitaran yang selesa serta mengenal pasti anak-anak kita dalam menjayakan proses pematangan manusia hingga lahirlah kanak-kanak berusia tiga belas tahun yang mampu mendidik masyarakat seperti Imam As Syafie. Membina persekitaran yang merangsang pembinaan roh dan akal sebagai wadah melahirkan orang yang dewasa roh dan mentalnya seperti orang dewasa sehingga boleh menjadi ulama dalam usia muda. Perlaksanaan sistem ini mesti dimulakan sekarang supaya menjadi role model kerana setakat ini kita belum mempunyai contoh untuk diketengahkan. Inilah perancangan untuk membentuk anak soleh di era globalisasi ini. Ini satu paradigma baru institusi pendidikan di peringkat rendah supaya roh, akal dan nafsunya dewasa di hari mereka baligh. Hati mereka yang suci menjadikan mereka lebih hebat dari orang dewasa kerana tidak sempat melalui zaman gelap dan kotor. Oleh itu, mulai dan sekarang pastikan anak-anak kita tidak dibazirkan dan dibiarkan begitu sahaja tanpa menjadi anak anak soieh yang menjadi aset agama, bangsa dan negara yang sangat berkualiti di masa akan datang.

PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM 1 - BAGAIMANA MELAHIRKAN ANAK SOLEH (0 - 3 TAHUN)
http://akademirasulullah.blogspot.my/2017/05/panduan-pendidikan-islam-1-bagaimana.html

PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM 2 - PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH DALAM ISLAM (4 - 6 tahun)
http://akademirasulullah.blogspot.my/2017/05/panduan-pendidikan-islam-2-pendidikan.html


PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM 3 - PANDUAN MENDIDIK ANAK 7 HINGGA 9 TAHUN
http://akademirasulullah.blogspot.my/2017/05/panduan-pendidikan-islam-3-panduan.html

PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM 5 - PANDUAN MENDIDIK ANAK REMAJA (13 – 18 tahun)
http://akademirasulullah.blogspot.my/2017/05/panduan-pendidikan-islam-5-panduan.html

PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM 3 - PANDUAN MENDIDIK ANAK 7 HINGGA 9 TAHUN

PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM 3 - PANDUAN MENDIDIK ANAK 7 HINGGA 9 TAHUN

Dalam umur 7 hingga 9 tahun, kanak-kanak telah pun mula menjejak kaki ke alam persekolahan secara rasmi. Di sekolah, mereka dididik secara langsung oleh guru-guru. Pengalaman semasa di taman didikan kanak-kanak dulu menjadikan alam persekolahan tidak asing lagi bagi mereka. Dan alam persekolahan ini tentu lebih menyeronokkan malah mencabar. Guru adalah pendidik terpenting selepas ibu bapa, maka guru hendaklah betul-betul mengambil alih tugas ibu bapa semasa di sekolah. Apa yang diajar oleh ibu bapa di rumah hendaklah bersambung di sekolah juga. Ertinya selain memberi ilmu mengikut sukatan mata pelajaran rasmi di sekolah, guru hendaklah mengasuh dan mendidik mereka agar menjadi anak soleh. Ertinya pendidikan rohani murid mesti berlaku di sekolah, tidak cukup menyampaikan ilmu semata-mata. 

A. Membimbing akhlak mulia

Seorang pendidik yang memiliki akhlak mulia lebih mudah mendidik murid-muridnya agar berakhlak mulia. Dirinya akan menjadi contoh dan ikutan kepada anak muridnya. 

1. Latihan Berakhlak Baik Terhadap Guru Pertama-tama yang perlu dilatih pada usia ini ialah adab belajar terutama semasa berhadapan dengan guru:
§  Mulakan beri salam kepada guru.
§  Kurangkan bercakap kecuali apabila diminta bercakap.
§  Berdiri menghormati guru apabila guru hendak keluar.
§  Jangan membanding-bandingkan pendapat guru dengan guru yang lain di hadapannya.
§  Ketika guru sedang mengajar, jangan berbual dengan kawan-kawan.
§  Jangan menyanggah pendapat guru dengan sikap atau perbuatan.
§  Jangan bertanya kepada guru di saat dia tidak bersedia untuk menjawabnya. Ini boleh jadi ketika itu dia sedang menyampaikan ilmu, waktu dia letih atau waktu ada perkara lain yang sedang difikirkan.
§  Muliakan guru dengan mencium tangannya.
§  Tidak mengata-ngata guru di belakangnya. Menghormati keluarga guru.
§  Mendoakan guru.
Adab-adab ini hendaklah selaiu diingat-ingatkan supaya menjadi satu amalan biasa. Adab-adab ini jika dipatuhi akan menjadikan ilmu yang dipelajari itu berkat. 

2. Latihan Menghadapi MakananDalam soal makan, pendidik eloklah mencerca kanak-kanak yang kuat makan di hadapan kawannya Tujuannya supaya ia terasa malu dan segera membuat perubahan. Mereka di peringkat ini memang banyak sifat tercela dalam soal makan, diantaranya: a. Suka makan. b. Banyak makan. c. Sentiasa hendak makan. d. Terlalu memilih makanan Sifat-sifat ini tidak boleh dibiarkan tumbuh membiak dalam jiwa mereka, ia mesti dikawal. Caranya ialah dengan mengenakan disiplin yang ketat. Diantaranya:
§  Jangan membiasakan mereka makan makanan yang mewah dan sedap.
§  Biasakan sikap mendahulukan orang lain sebelum menyuap makanan.
§  Jangan membiasakan mereka memandang tepat pada makanan.
§  Tanamkan perasaan berpuas hati dengan makanan yang dihidang.
Disiplin seperti ini akan menjadikan mereka tidak gelojoh atau rakus dengan makanan. Amalan ini bukan saja untuk zaman kanak-kanak malah patut dikekalkan sehingga dewasa kelak. 

3. Latihan Menghormati Orang Tua Dalam soal menghormati orang tua, anak-anak hendaklah dilatih supaya mematuhi beberapa adab. Adab ini hendaklah diingatkan selalu sama ada dengan contoh yang baik dari ibu bapa atau gurunya mahupun melalui teguran Bentuk latihan yang boleh dibuat ialah:
§  Latih anak-anak agar sentiasa bersikap malu dengan orang yang lebih tua darinya.
§  Latih anak-anak supaya berlemah-lembut ketika berbual dengan orang yang lebih tua.
§  Latih anak-anak supaya sentiasa mendengar tutur kata orang tua dengan penuh perhatian.
Latihan ini penting supaya mereka tidak melakukan perkara yang kurang sopan atau kurang manis di hadapan orang-orang tua. 

4. Latihan Sembahyang Sabda Rasulullah SAW: "Suruhlah anak kamu yang berusia tujuh tahun melakukan sembahyang, dan pukullah mereka (jika mereka enggan) apabila sudah berusia sepuluh tahun." 

Disiplinkan mereka bersembahyang tepat pada waktunya. Ini mungkin agak susah sebab itu latihan ini mesti dilakukan secara serius Jika mereka sudah terbiasa dengan sembahyang diawal waktu sejak kecil lagi maka apabila dewasa kelak pasti ia menjadi mudah dan mereka akan rasa bersalah kalau melewat lewatkan sembahyang Latih mereka dalam soal bersuci seperti: i.Kebersihan diri daripada najis dan hadas. ii. Kebersihan pakaian daripada najis. iii. Kebersihan tempat daripada najis. Ajar dan tatih mereka berwudhuk. Di peringkat ini anak-anak sepatutnya sudah tahu menghafal semua bacaan dalam sembahyang, yakni telah menguasainya di peringkat tadika. Jika anak kita belum menghafalnya maka kita wajib mengajar mereka bacaan-bacaan sembahyang. Galakkan anak-anak bersembahyang jemaah bersama-sama ibu bapa. 

5. Latihan Berpuasa 
Puasa pada bulan Ramadhan eloklah digalakkan kepada anak-anak. Amalan puasa ini kalau tidak dibiasakan dari kecil nescaya akan menjadi berat kepada mereka di waktu dewasa kelak. Jika anak-anak kita merasa berat untuk berpuasa, kita boleh:
§  Menggalakkannya berpuasa setengah hari.
§  Kemudian tingkatkan berpuasa penuh tapi berselang hari.
§  Dalam pada itu, elakkan menyimpan makanan di siang hari supaya jangan terbit keinginan anak-anak untuk makan.
Masyarakat Melayu agak beruntung kerana puasa sudah menjadi amalan biasa, ia disambut dengan gembira oleh semua lapisan masyarakat, baik kanak-kanak lebih-lebih lagi orang dewasa. Sepanjang bulan Ramadhan kantin sekolah tidak dibuka. Mahu tidak mahu mereka terpaksa berpuasa. Ini merupakan latihan yang agak baik. Cuma kita bimbang masyarakat akan datang menyangka ianya sebagai adat semata-mata. Akibatnya mereka melakukan sambil lewa saja Atas kebimbangan ini, banyak lagi bentuk latihan yang perlu dibuat. Ini bergantung kepada kemampuan kanak-kanak tersebut. 

Di antara bentuk latihan ialah: Menceritakan tujuan berpuasa selain daripada menunaikan perintah Allah, ia adalah untuk mendapat sifat-sifat taqwa seperti belas kasihan kepada orang susah, tawaduk, amanah, rasa diri sebagai hamba yang lemah, terasa syukur atas nikmat Tuhan selama ini dan lain-lain. 

Melatih anak-anak agar berpuasa lahir dan batin

Puasa lahir ertinya meninggalkan makan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa serta menjaga diri agar tidak melakukan maksiat seperti mengumpat, mencuri, berbohong dan lain-lain. Puasa batin pula ialah menjaga hati daripada sifat-sifat mazmumah yang keji seperti sombong, bakhil, gila dunia, gila puji. tamak, hasad dengki dan lain-lain.

PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM 1 - BAGAIMANA MELAHIRKAN ANAK SOLEH (0 - 3 TAHUN)
http://akademirasulullah.blogspot.my/2017/05/panduan-pendidikan-islam-1-bagaimana.html

PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM 2 - PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH DALAM ISLAM (4 - 6 tahun)
http://akademirasulullah.blogspot.my/2017/05/panduan-pendidikan-islam-2-pendidikan.html

PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM 4 - PANDUAN MENDIDIK ANAK 10 HINGGA 12 TAHUN
http://akademirasulullah.blogspot.my/2017/05/panduan-pendidikan-islam-4-panduan.html

PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM 5 - PANDUAN MENDIDIK ANAK REMAJA (13 – 18 tahun)
http://akademirasulullah.blogspot.my/2017/05/panduan-pendidikan-islam-5-panduan.html