PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM 2 - PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH DALAM ISLAM (4 - 6
tahun)
Rumahtangga dan sekolah adalah dua
institusi yang berpengaruh dalam pembentukan anak-anak diperingkat umur antara
2 hingga 6 tahun atau tadika. Mereka mendapat bimbingan terus daripada ibu
bapa dan guru-guru tadika. Peringkat ini dinamakan pendidikan pra-sekolah.
Sebenarnya pendidikan di peringkat ini adalah lebih mencabar kerana kanak-kanak
tersebut sudah mula boleh bercakap dan menilai. Mereka ibarat cawan kosong yang
bersedia menerima apa saja yang dituangkan ke dalamnya atau umpama kain putih
yang sedia untuk dicorakkan apa saja di atasnya. Kalau perkara itu baik maka
baiklah yang diterimanya, begitu jugalah sebaliknya. Oleh itu dalam mendidik
mereka hendaklah diberi penekanan kepada tiga aspek iaitu:
1.
Mendidik roh atau
hatinya
2.
Mendidik jasmani
3.
Mendidik akal
1. Mendidik Roh atau Hatinya
§
Di peringkat umur ini ibu bapa wajib menanamkan asas-asas keimanan
seperti memperkenalkan mereka kepada Allah dan sifat-sifat-Nya. Kenalkan sifat
pengasih, penyayang, pengampun dan lain-lain terlebih dahulu barulah kenalkan
sifat Qahhar, Jabbar dan lain-lain
§
Kenalkan juga nama-nama rasul dan sifat-sifatnya, akhlak dan
peribadi baginda sehingga anak-anak cintakan Rasul serta suka mengamalkan
Sunnah baginda
§
Kenalkan nama-nama malaikat dan tugas tugasnya. Pendek kata,
segala yang terkandung dalam Rukun Iman yang enam sudah diketahui dan dihayati
oleh mereka.
Untuk menyampaikan ilmu ini semua,
bolehlah dilakukan dalam berbagai cara mengikut daya kreativiti pendidik.
Sekurang-kurangnya terdapat tiga pendekatan yang berkesan: i. Memberi maklumat
dalam perbuatan biasa. ii. Bercerita. iii. Bernasyid. Sama ada ibu bapa sendiri
atau melalui keset-keset nasyid dan video nasyid yang boleh mendidik jiwa dan
mental anak-anak. Selain dari itu, ibu bapa juga hendaklah menitikberatkan
perkara-perkara berikut:
§
Bersembahyang jemaah di tempat yang boleh dilihat oleh
anak-anaknya. Sebaik-baiknya ada bilik sembahyang di rumah.
§
Ibu bapa atau pendidik hendaklah menunjukkan sifat-sifat terpuji
untuk diteladani oleh anak-anak. Kanak-kanak memang mudah mendapat ilmu melalui
meniru perbuatan orang lain, maka segala perbuatan baik yang kita lakukan akan
mudah diikutnya.
§
Para pendidik terutama ibu bapa dan guru-guru janganlah melakukan
kejahatan atau memperlihatkan pekerti buruk terutama di hadapan anak-anak
kerana mereka juga akan menirunya.
§
Kita tidak boleh nafikan bahawa sifat-sifat nafsu yang keji memang
sukar untuk dibuang terus dari hati, tetapi demi untuk mencapai pendidikan yang
baik, maka ibu bapa hendaklah melatih untuk mengekang nafsu tersebut dan
melatih untuk mengikisnya.
§
Para ibu bapa yang bercita-cita menjadikan anaknya berakhlak
mulia, pilihlah nurseh atau taman didikan kanak-kanak yang watak pendidiknya
mempunyai ciri-ciri akhlak mulia dan boleh mendidik anak-anak kita. Moga-moga
dengan gabungan pendidik tersebut dengan ibu bapa yang baik itu menjadikan anak
itu anak yang soleh juga.
1. Aspek Jasmani
Aspek jasmani tidak kurang pentingnya kerana ada pepatah menyebut:
Akal yang sihat dari badan yang sihat. Demikian juga ada maksud Hadis yang menyebut "Allah lebih menyukai orang mukmin yang kuat. " Anak-anak
di peringkat ini memang sentiasa suka bermain tidak kira masa dan apa saja.
Namun ibu bapa hendaklah mengawasi mereka agar mereka tidak membuat
perkara-perkara yang membahayakan. Contoh aktiviti yang membahayakan: a.
Bermain dengan alat permainan yang tajam atau lain-lain yang membahayakan. b.
Bermain sehingga lupa hendak balik ke rumah, lupa makan, lupa mandi dan
lain-lain c. Masih bermain di waktu senja. d. Bermain di waktu malam. Beri pemakanan
yang seimbang dan berkhasiat. Elakkan anak-anak daripada memakan makanan ringan
yang tidak berkhasiat. Disiplinkan masa tidur mereka. Elakkan anak-anak
daripada tidur selepas Subuh dan selepas Asar. Galakkan mereka tidur qailulah
(20 -30 minit sebelum Zuhur). Melatih mereka agar menjaga kebersihan diri
seperti:
§
menyikat gigi
§
mandi
§
memotong kuku dan lain-lain
Melatih adab-adab, antaranya:
a. Adab dengan orang tua Maksud orang
tua di sini ialah ibu bapa, guru-guru, abang dan kakak dan orang-orang tua. Di antara
adabnya ialah:
1.
Memberi salam ketika bertemu.
2.
Berjalan di belakang atau di sisi mereka. Tidak mendahului mereka.
3.
Bertanyakan khabar.
4.
Bercakap perkara yang baik-baik.
5.
Menjawab pertanyaan dengan sopan.
6.
Kurangkan bercakap daripada mereka.
7.
Tidak mengeluarkan perkataan yang kesat, menghina atau tidak
menghormati mereka.
8.
Tidak meninggi suara di hadapan mereka.
9.
Berusaha menunaikan suruhan atau permintaan mereka.
10.
Sentiasa ingin menghiburkan mereka.
Adab-adab ini perlu dilatih dan
diingat-ingatkan sejak kanak-kanak itu pandai bercakap. ia hendaklah sentiasa
diawasi lebih-lebih lagi setelah umur anak-anak mengingkat ke empat tahun.
Kanak-kanak di peringkat itu memang suka bertanya kerana ingin tahu.
b. Adab makan dan minumSuruh mereka membasuh
kedua-dua belah tangan sebelum makan walaupun tangan tidak kotor. Membaca doa
sebelum makan, sekurang-kurangnya bacalah Bismillah, ertinya: "Dengan nama Allah yang
Maha Pemurah dan Penyayang. Sebaik-baiknya bacalah doa makan
yang ertinya: "Ya Allah, berkatilah rezeki yang Engkau
kurniakan kepada kami dan peliharalah kami dari azab Neraka."
§
Mengambil makanan yang terdekat terlebih dahulu (kali yang kedua
baru boleh mengambil yang lain) dan ambillah dengan tangan kanan.
§
Kecilkan suapan.
§
Mengunyah makanan hingga hancur sebelum menelan. Mengikut Imam
Ghazali, makanan perlu dikunyah sebanyak 40 kali.
§
Elakkan memandang kawan yang sedang makan bersama kerana ini boleh
menyebabkan dia merasa tidak selesa.
§
Jangan makan secara bersandar.
§
Makan setelah merasa lapar. Elakkan makan ketika kasih kenyang.
§
Berhenti makan apabila terasa kenyang (lebih baik lagi kalau
berhenti sebelum kenyang).
§
Pungut sisa makanan yang terjatuh di luar (disunatkan melapik kain
saprah yang bersih supaya makanan yang jatuh boleh dipungut dan dimakan).
§
Menjilat jari setelah selesai makan.
§
Akhirnya baca doa puji-pujian kepada Allah yang telah memberi
rezeki yang ertinya: "Segala puji bagi Tuhan yang telah mengurniakan
makanan dan minuman kepada kami dan menjadikan kami dari gotongan orang-orang
Islam."
Adab minum:
1.
Membaca Bismillah dan doa seperti di atas.
2.
Tidak minum dalam keadaan berdiri.
3.
Memegang gelas atau bekas minuman dengan tangan kanan.
4.
Minumlah seteguk demi seteguk dan berhenti mengambil nafas.
5.
Tidak melepaskan nafas di dalam gelas.
6.
Ucapkan pujian kepada Allah setelah selesai minum.
Adab-adab ini hendaklah selalu diawasi
oleh ibu bapa atau pendidiknya. Kanak-kanak memang mudah melupakan adab-adab
makan dan minum. Mereka mudah sahaja untuk makan dan minum sambil berdiri
bahkan sambil berjalan dan berlari. Oleh itu setiap kali mereka melakukan
kesilapan, teruslah ditegur. Jika selalu diberi teguran, lama-kelamaan mereka
akan terbiasa dengan adab tersebut. Adab-adab ini penting demi menjaga
kesihatan mereka supaya stabil atau seimbang. Sifat banyak makan, suka kemewahan
dunia dan suka meminta minta adalah akhlak yang buruk. Dari itu kawal makan
minumnya dan berikan makanan yang sederhana. Elakkanlah dan melayan segala
permintaannya. Kanak-kanak jika sekali dilayan kehendaknya, akan dimintanya
selalu. Makanan yang teratur dan terancang akan melahirkan anak-anak yang
cergas dan sihat.
c. Adab masuk tandas Kanak-kanak di
peringkat ini memang belum pandai untuk menggunakan tandas dengan baik Ibu atau
bapa memerlukan kesabaran dalam melatih mereka menggunakan tandas dengan betul
dan beradab sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul. Anak-anak yang tidak
didisiplinkan sejak kecil dalan menggunakan tandas, ia akan terbawa-bawa hingga
mereka dewasa kelak. Cuba kita lihat, tandas-tandas awam banyak yang kotor dan
berbau busuk termasuklah tandas-tandas di masjid-masjid. Padahal kalau setiap
orang ada rasa tanggungjawab tentu tidak terjadi sedemikian Oleh itu kitalah
yang mesti mengajar anak-anak menggunakan tandas dengan betul. Setiap umat
Islam mestilah tahu bagaimana menjaga tandas agar sentiasa bersih. Islam adalah
agama yang bersih dan cantik. Allah sendiri bersih dan cantik. Rasulullah SAW
ada bersabda: "Kebersihan sebahagian dari iman." Malanglah
kalau umat Islam mengabaikan soal kebersihan ini. Di hari ini umat Islam sepatutnya
merasa malu kepada orang yang bukan beragama Islam kerana mereka sungguh teliti
tentang kebersihan. Di sesetengah negara bukan Islam, tandas mereka pun bersih,
betapalah tempat tidur mereka. Oleh kerana itu, para ibu bapa serta pendidik
diharapkan dapat mengambil perhatian serius dalam soal ini agar kanak-kanak
Islam kini dilatih menjaga kebersihan. Umat Islam tentu lebih baik dari orang
bukan Islam, sebab itu soal masuk tandas pun diajar oleh Islam. Lihat, mana ada
agama di dunia selain Islam yang mengajar adab masuk tandas. Ternyatalah Islam
lebih serius. Di sini diturunkan beberapa adab masuk tandas supaya mudah para
ibu atau pendidik melatih anak mereka. Adab masuk dan keluar tandas:
1.
Menutup kepala.
2.
Memakai alas kaki.
3.
Membaca doa masuk tandas. Ertinya: "Aku berlindung dengan
Allah dari syaitan jantan dan syaitan betina." Jika terlupa membaca doa
setelah masuk ke tandas, boleh membaca (di dalam hati) apabila teringat.
4.
Masuk dengan mendahulukan kaki kiri.
5.
Keluar dengan kaki kanan.
6.
Tidak membuang air sambil berdiri.
7.
Tidak bercakap ketika membuang air.
8.
Tidak membawa benda-benda mulia ke dalam tandas. Misalnya
buku-buku atau kitab-kitab untuk dibaca di dalam tandas (sebagaimana dilakukan
oleh sesetengah orang bukan Islam) termasuklah kertas, kain atau lain-lain yang
bertulis ayat-ayat Al Quran.
9.
Tidak boleh membaca Al Quran atau menyebut nama Allah, para
Sahabat atau nama-nama orang soleh di dalam tandas.
10.
Berdehem apabila membuang air kecil supaya kencing benar-benar
tos.
11.
Membasuh kaki sebelum keluar.
12. Membaca doa setelah
keluar dari tandas. Ertinya: "Segala puji bagi Allah
yang menghilangkan kekotoran padaku dan menyihatkan aku. "
Adab ini hendaklah dilatih selalu pada
anak-anak terutamanya setelah mereka mencapai umur 4 tahun, la tentulah memakan
masa yang agak lama untuk mereka menjadikannya amalan biasa. Para ibu atau
pendidik tidak boleh jemu dalam melatih mereka, sebab kalau kita gagal mendidik
dan melatih mereka bererti akan berlanjutanlah umat islam yang tidak dapat
menilai pentingnya kebersihan sehingga hilanglah keindahan dan kecantikan Islam
Itu.
3. MENDIDIK AKAL
Perkembangan akal kanak-kanak
sebenarnya sudah mula aktif sejak dari dalam rahim lagi. Seteiah lahir ke
dunia, mereka iebih terdedah kepada ilmu pengetahuan, maka akal mereka mula
menyimpan maklumat. Maklumat ilmu yang pertama ialah huruf 'M', sebab itu
kanak-kanak dari apa bangsa pun akan me nyebut. 'ma' atau 'mi' atau 'mak'
gelaran untuk ibunya. Dari situlah berkembangnya akal mereka sehingga boleh
menguasai bahasa ibundanya. Betapalah anak-anak di peringkat 2 hingga 6 tahun
ini. Mereka mudah menangkap apa saja yang dilihat, didengar dan dirasa.
Sehubungan dengan ini, ibu bapa hendaklah:
§
Mengawasi anak agar tidak berkawan dengan kanak-kanak yang
bersikap negatif. Ini untuk mengelak mereka daripada mendapat maklumat ilmu
yang negatif seperti kata-kata carut-marut dan kata-kata kesat
§
Ibu bapa perlu menjaga percakapan mereka sendiri agar tidak
terkeluar ucapan-ucapan yang tidak elok, apatah lagi kata-kata kesat ketika
bertengkar dan seumpamanya. Setiap ucapan kita itu akan ditiru oleh anak-anak.
§
Kanak-kanak dalam usia 4-6 tahun tentu lebih serius diberi
perhatian dalam pergaulan bahasa banyak diperolehi semasa usia ini hasil
pergaulan dengan kawan-kawannya. Ibu bapa perlu memerhatikan bahasa
percakapannya apakah lunak atau kesat. Jika ada yang kesat segeralah betulkan.
Perkembangan akal juga akan bertambah
baik jika didedahkan kepada alam semula jadi. Mengurung mereka di dalam rumah
semata-mata akan menyempitkan perkembangan akalnya. Oleh itu sesekali eloklah
keluar bersama anak anak melihat alam semesta ini, biar mereka melihat
keajaiban ciptaan Allah. Jika perkembangan akalnya cergas, pasti dia akan
bertanya kepada ibu bapanya: Apa, mengapa, ke mana dan dan mana? Soalan itu hendaklah
dilayan dengan baik dengan jawapan yang betul lagi memuaskannya. Selain dari
itu juga bolehlah diberikan beberapa buku terutama buku yang bergambar. Buku
cerita bergambar amat berkesan kepada mereka walaupun mereka tidak mampu
membacanya. Ibu atau bapa sebaiknya memandu mereka untuk memahami cerita itu.
Latihan begini amat diperlukan menjelang mereka memasuki alam persekolahan
secara langsung. Taman Didikan Kanak-kanak Kanak-kanak
yang berusia 5-6 tahun telah pun masuk ke alam mumaiyiz. Mereka sudah boleh
membezakan antara buruk dan baik, di antara suruhan dan tegahan dan sebagainya.
Didikan utama di peringkat ini ialah:
1.
Menanamkan dan menyuburkan sifat malu ke dalam diri mereka.
2.
Melatih adab-adab seperti cara makan dengan betul, cara bergaul
dengan kawan-kawan dan lain-lain.
3.
Membimbing akhlak mereka.
4.
Mengawasi tindakan mereka agar tidak melakukan perkara yang
melanggar syariat.
5.
Membiasakan mereka dengan melakukan ibadah sembahyang.
Dalam usia ini juga mereka patut
dimasukkan ke alam pra sekolah. Mereka hendaklah dididik dan dilatih agar
terbiasa dengan alam persekolahan, terbiasa dengan pergaulan dan terbiasa
menggunakan peralatan persekolahan. Pendidik di taman-taman didikan ini adalah
sebagai pengganti ibu bapa, maka peranan mereka tentulah sama seperti peranan
ibu bapa juga.
PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM 1 - BAGAIMANA MELAHIRKAN ANAK SOLEH (0 - 3 TAHUN)
http://akademirasulullah.blogspot.my/2017/05/panduan-pendidikan-islam-1-bagaimana.html
PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM 3 - PANDUAN MENDIDIK ANAK 7 HINGGA 9 TAHUN
http://akademirasulullah.blogspot.my/2017/05/panduan-pendidikan-islam-3-panduan.html
PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM 4 - PANDUAN MENDIDIK ANAK 10 HINGGA 12 TAHUN
http://akademirasulullah.blogspot.my/2017/05/panduan-pendidikan-islam-4-panduan.html
PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM 5 - PANDUAN MENDIDIK ANAK REMAJA (13 – 18 tahun)
http://akademirasulullah.blogspot.my/2017/05/panduan-pendidikan-islam-5-panduan.html
PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM 1 - BAGAIMANA MELAHIRKAN ANAK SOLEH (0 - 3 TAHUN)
http://akademirasulullah.blogspot.my/2017/05/panduan-pendidikan-islam-1-bagaimana.html
PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM 3 - PANDUAN MENDIDIK ANAK 7 HINGGA 9 TAHUN
http://akademirasulullah.blogspot.my/2017/05/panduan-pendidikan-islam-3-panduan.html
PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM 4 - PANDUAN MENDIDIK ANAK 10 HINGGA 12 TAHUN
http://akademirasulullah.blogspot.my/2017/05/panduan-pendidikan-islam-4-panduan.html
PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM 5 - PANDUAN MENDIDIK ANAK REMAJA (13 – 18 tahun)
http://akademirasulullah.blogspot.my/2017/05/panduan-pendidikan-islam-5-panduan.html
No comments:
Post a Comment